Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask
something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to
know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat
ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat
tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz
:
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan
tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh
nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka
hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya
ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa
tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan
mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz
:
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak
kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan
sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu
kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang
pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam
perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk
la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha
ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu
adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang
perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya
oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa
yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri
dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang
jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan
seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki
untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki
yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan
bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan
sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah
yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut
kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang
wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah
menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia
sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat
untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita
membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan
cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah
bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang
sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik
ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada
diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika
akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada
manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh
pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira
dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung
menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu
dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita
diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin
tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada
seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah
..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan
yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri
sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz
:
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat
pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah
menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita
dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika
ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak
melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita
akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini
semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka
aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu
dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia
terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang
lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain
yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang
yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa
buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah
ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada
kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang
menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai
tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah
bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup
aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi
benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita
ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah
perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan
serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita
tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup
sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life
as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah
benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah
umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah
bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak
tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la
tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar
penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh
kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima
kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan
dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan
mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya
ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz
:
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari
kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah
Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima
kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah
mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan
awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan
doakan…..!!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimb...
0 comments:
Post a Comment