Orang terkaya di dunia - Carlos Slim



Taikun Mexico, Carlos Slim sekali lagi mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai majalah Forbes sebagai individu paling kaya di dunia dengan memiliki harta bernilai AS$69 bilion.

Slim terlibat dalam perniagaan telekomunikasi dan pembinaan.

Di belakang Slim adalah pengasas Microsoft, Bill Gates dengan memiliki kekayaan AS$61 bilion manakala tempat ketiga adalah pelabur dari Amerika Syarikat, Warren Buffett dengan harta berjumlah AS$44 bilion.

Manakala di tangga keempat dan kelima pula masing-masing ialah Bernard Arnault iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan LVMH dan pengasas fesyen Zara dari Sepanyol, Amancio Ortego.

Harta Arnault dianggarkan AS$41 bilion manakala Ortega pula adalah AS$37.5 bilion.

Mereka diikuti rapat oleh Pengasas dan CEO kumpulan Oracle dari Amerika Syarikat, Larry Ellison dengan harta kekayaan sebanyak AS$36 bilion.

Sementara pemilik Hutchison Whampoa dan Cheung Kong Holdings dari Hong Kong, Li Ka-Shing berada di senarai kedudukan kesembilan dengan harta dianggarkan AS$25.5 bilion dan merupakan kedudukan tertinggi untuk individu dari Asia.

Pemilik kilang besi India, Lakshmi Mittal pula menduduki tempat ke-21 dan telah terkeluar daripada kedudukan 10 teratas tahun ini.

Hartanya dianggarkan AS$20.7 bilion, jatuh AS$10.4 bilion susulan kos pengeluaran yang tinggi dan pemintaan yang berkurangan daripada industri di Eropah.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts