Pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditemui mati
selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di
sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pelajar
berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang
di kawasan
halaman bawah pangsapuri itu.
Katanya, lelaki terbabit
sebelum itu dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan
sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan
yang ditinggalkan selepas
'ketiadaannya'.
Beliau berkata rakannya yang ketika itu berada di kampus
terus bergegas pulang dan mendapati lelaki terbabit mati dalam keadaan
berlumuran darah di kawasan halaman pangsapuri itu.
Pelajar tahun akhir
jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman
sosial Facebook sebelum kejadian.
Kong Meng berkata, siasatan awal polis
mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah
dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital
Pulau Pinang untuk bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment