7 Gambar Fenomena Alam Yang Luar Biasa

7 Gambar Fenomena Alam Yang Luar Biasa

1. Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awan petir yang membentuk sebuah “garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 – 160malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000 ampere dan terlihat hingga 400 km jauhnya. Menurut kajian, petir ini terjadi kerana tiupan angin yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan sebagai navigasi oleh para pelaut.


2. The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita Rakyat Honduras. Namun, juga terjadi secara nyata di Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Julai. Saksi mengatakan bahawa fenomena ini bermula dengan awan gelap di langit, diikuti dengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan lebat selama 2 – 3 jam. Setelah hujan berhenti, ratusan ikan ditemui hidup di tanah. Orang mengambil ikan – ikan ini dan memasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap tahun di kota Yoro.


3. Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko. Kambing ini memanjat pohon kerana ingin memakan buah dari Pohon Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun.


4. Dari 25 Julai sehingga 23 September 2001, hujan merah turun di selatan India, Negeri Kerala. Tidak hanya merah, hujan warna kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi. Kerajaan India menemukan bahawa hujan ini telah “diwarnai” oleh spora dari alga, yangtersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala pun menjadi perhatian dunia.


5. Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Mac, air Lautan Atlantik bertumpuk di Sungai Amazon, menciptakan gelombang ombak terpanjang di dunia. Fenomena ini disebabkan oleh arus Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehingga menghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang berterusan hingga lebih dari setengah jam.


6. Atmosfera yang dikenali dengan circumhorizon arc atau Fire Rainbow (pelangi api), akan muncul ketika matahari berada tinggi (lebih daripada 58 darjah diatas horizon). Cahaya matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga menghasilkan semacam lempengan kristal segi enam dan membentuk efek prisma. Sehingga terlihat pelangi yang berbentuk seperti api.


7. Musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja, lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.

Masjid Nando Ini dikatakan Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Masjid Nando Ini dikatakan Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya
.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.


Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid. Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

wallahualam

Design baru Stokin Pengganti Kasut


Design baru Stokin Pengganti Kasut
 
Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut dan selesa untuk jari kaki si pemakai

BERN – Sanggupkah anda berjalan ke luar rumah hanya memakai stokin?

Syarikat Barefoot Swiss iaitu sebuah syarikat pengeluar stokin terkenal Eropah berjaya mengeluarkan sejenis stokin sekukuh kasut biasa.

Stokin yang kelihatan agak unik itu direka dengan kekuatan ultra tapak PVC yang bertindak sebagai pelindung kaki seperti memakai kasut.

Syarikat berpangkalan di Switzerland itu percaya, Stokin Perlindungan Swiss adalah barangan ideal untuk individu yang gemar tidak berkasut dan boleh digunakan dalam aktiviti luar bangunan seperti memanjat dinding batu.

Pemilik Syarikat Barefoot Swiss, Dieter Hesch memberitahu penghasilan stokin yang berharga £45 (RM143) setiap pasang itu mengambil masa bertahun-tahun melibatkan kerja- kerja penyelidikan sebelum mendapat kelulusan pengeluaran.

“Kini kami sedang menghasilkan produk stokin yang membolehkan pengguna memakainya.

Gel Rambut Terbuat Dari Hingus Gorilla

Gel Rambut Terbuat Dari Hingus Gorilla

Di Amerika Syarikat,hingus gorilla digunakan untuk membantu gitaris untuk memegang pick-nya. Namun, berbeza halnya di Mexico, disana hingus gorilla digunakan sebagai gel rambut. “Moco de Gorila”, diproduksi oleh salah satu perusahaan yang bernama, N.I.S.A.

Mereka cuba menawarkan gel rambut yang super kuat. Tertarik untuk membelinya? Anda boleh membelinya secara online di http://www.gorillasnot.us/

Video Prank Animasi Jepun - Cermin ajaib bertukar menjadi kartun

Video Prank Animasi Jepun - Cermin ajaib bertukar menjadi kartun

Video Budak 2 Tahun Mengaji

Video Budak 2 Tahun Mengaji

 Menarik jika dilihat budak ini mengaji


 

Topeng muka Chewbacca dilelong AS$172,000

Topeng muka untuk Chewbacca yang digunakan dalam filem Star Wars dijual pada harga AS$172,000 (RM535,602) dalam satu lelongan yang diadakan pada 28 Julai lalu di Los Angeles.


Pelakon Peter Mayhew melakonkan watak Chewbacca dalam filem tersebut.


Kostum Edward Scissorhands yang dipakai oleh aktor Johnny Depp turut dilelong pada harga AS$86,100 (RM268,112) dalam lelongan itu.


Kostum Superman yang dipakai aktor Christopher Reeve pada tahun 1978 turut dilelong pada harga AS$79,950 (RM248,975).

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts