Rogol bergilir-gilir oleh kawan dan ketagih seks

SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terima, cuma bapa saya sahaja agak keberatan. ” kata seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang kini bekerja di sebuah salun.

Dia yang mahu dikenali dengan nama Azlina berkata, sebelum ini kehidupannya tertekan apabila, dia dirogol empat lelaki ketika usianya 12 tahun.

“Saya tidak pernah merasakan kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Kerana terlalu dipencilkan, saya berasa terasing apabila bersama adik beradik lain. Kerana tidak tahan dengan sikap keluarga, saya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah ketika berusia 11 tahun.

"Apabila pergi ke sekolah, saya sering dikutuk dan dipanggil dengan pelbagai gelaran antaranya bohsia. Saya pernah kembali ke pangkuan keluarga, tetapi dipukul, lalu mengambil keputusan untuk tinggal bersama kakak angkat dan tidak bersekolah walaupun hati saya masih mahu meneruskan pelajaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Disember 2009 merupakan detik hitam dalam dirinya apabila dia dirogol empat rakan abang kandungnya sendiri ketika dia baru berusia 12 tahun. Pada malam kejadian, dia dipelawa keluar bersama rakan untuk bersiar-siar dengan menaiki motosikal.

"Apabila tiba di satu tempat tersembunyi, saya diarahkan oleh empat kawan abangnya untuk membuka pakaian dan dirogol bergilir-gilir. Ketika itu saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan.

“Selepas dirogol, saya dihantar ke rumah seorang kawan. Saya kemudiannya membuat laporan polis dan semua terlibat berjaya ditangkap.

"Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks. Sejak dari kejadian itu, saya mula mengenali ramai kawan dan dalam masa sama, menjalinkan hubungan dengan dua kawan abang kandung berusia 19 dan 21 tahun. Saya akan melakukan hubungan seks bersama mereka sekurangnya seminggu sekali,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua teman lelaki dikenalinya itu, akan marah sekiranya tidak melayani nafsu seks mereka.

Kini semuanya telah berubah. Dia telah mengenali seorang lelaki yang menyayanginya. Malah, telah memaklumkan kepada kekasihnya tentang apa yang pernah dilalui selama ini.

“Walaupun usia saya baru 13 tahun, tetapi terlalu banyak yang saya lalui dalam hidup. Syukur kekasih saya memahami dan sanggup menerima saya seadanya, walaupun dia masih berumur 18 tahun. Kalau tidak ada aral melintang, mungkin saya akan bertunang tahun hadapan.

"Saya tahu, umur saya terlalu muda untuk memikirkan tentang keluarga, tetapi saya ingin bahagia seperti orang lain dan mengharapkan biarlah kali ini sekiranya ada jodoh ia akan berpanjangan,” katanya.

Azlina menasihati, kawan-kawan yang ada di luar sana agar tidak menjadi sepertinya. Hargailah usia muda dan timbalan ilmu sebanyak mungkin, kerana tanpa pelajaran, kita tidak akan ke mana-mana. Kurangkan bergaul dengan teman lelaki, kerana mereka akan mendatangkan kemusnahan kepada kita.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts