Karangan Budak Sekolah

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Cikgu Murni

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. Heh Heh Heh

Sindrom Stress



1 - Menghadapi masalah bangun tido
2 - Tngkuk anda stiasa mrasa sakit & susah utk mmusingkan kepala
3 - Rmbut anda stiasa kusut msai stelah mandi stlah mgnakn syampu
4 - Kepala anda sentiasa merasa pening & seperti berada di awangan
5 - Brat bdan anda trus mningkat dgn mdadak wlaupun tlah bdiet
6 - Anda sentiasa merasa letih yang amat sgt & sentiasa mengeliat

Add Search

Sesetengah Blog mempunyai banyak post, sesetengahnya telah mencapai lebih 1000++ post yang di publish.
Kadang kala pengunjung ingin mencari maklumat dengan mudah dan perlu mencari satu persatu.
Payah bukan?
Anda boleh meletakkan Search di dalam blog anda supaya pengunjung senang untuk mencari ape yang dikehendaki dengan mudah.

Mula sekali anda pergi ke Layout > Add Gadget > HTML/JavaScript

Dan Copy dan Paste Code Ini :


Dan Savekan

Dan ianya akan terpapar seperti ini:


Selamat mencuba dan Cantikkan blog anda

Potong Kuku Kerana

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Aurat isteri tanggungjawab suami

SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang
tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang
bukan mahramnya?

JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di
antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan
kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari
nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga.
Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang
bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan
isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi
satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah
dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan
memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di
atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah
sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab
dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman
peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa
api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika
menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang
bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya
daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami
menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka
dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang
wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah
ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya.
Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya.
Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah
mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam
silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat.
Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang
melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu
budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama.
Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke
tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh
seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami
jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah
tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami
wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan
hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup
aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah
Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu
dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan
dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak
dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang
demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka
masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak
berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan
akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih
ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah
akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang
beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum
perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib.
Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup
auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya
melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Cinta Terhalang Kerana Kaum

Kisah ini adalah kisah tidak benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.

Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu! ". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia

Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa........ .Syah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.

Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia......... ", suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah........ .kau sedar tak yang kita ni kambing?.... ..mana boleh kambing kawin dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana..... .aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.

Tiga beranak terima ijazah serentak

SHAH ALAM - Ikatan kekeluargaan yang erat membawa tiga beranak melangkah ke mercu kejayaan apabila mereka bersama-sama menerima ijazah pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-71 di sini semalam.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini, Nor Azmi Rahmat, 47, dan isterinya, pegawai teknologi pendidikan Abidah Yahya, 48, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengurusan Pendidikan) manakala anak sulung mereka, Nurul Syazwani, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan).

Bapa kepada enam orang anak itu ternyata gembira dan bersyukur kerana impiannya untuk memperoleh ijazah bersama isteri dan anaknya akhirnya tercapai.

"Saya dah lama merancang untuk melanjutkan pelajaran bersama isteri dan alhamdulillah impian kami tercapai dan hari ini (semalam) kami sama-sama menerima ijazah dan lebih bermakna lagi anak sulung kami (Nurul Syazwani) juga turut sama," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu. Kosmo

Nur Kasih

Babak yang best yang dipetik dari cerita Nur Kasih Tv3

Count Post And Comments


Tips ini adalah untuk mengetahui Total Keseluruhan Post dan juga
Total Keseluruhan Komen yang ada di blog anda.

Ia juga turut dipanggil statistic komen dan post.


Budak Sekolah Bangsat

Budak Sekarang Memang Dah Semakin teruk, memang agak susah untuk dibendung, cenderung dan cepat terpengaruh terhadap perkara nagetif.
Memang kalo budak macam ni la, baik pecahkan je kepala dia !!!( Sori, Terlalu Marah )

TApi Memang da kurang ajar sangat da ni, memang kurang ajar
Jadikan iktibar dan didik anak anda sewajarnya.

Penyangak Mudah.Com


Namanya: Enoch Sathes Kumar a/l E Sivakumar
Facebooki: Enoch Sathes Kumar - Malaysia | Facebook
Akaun bank CIMB : 01060083452520
No hpon: +60137556223
Nama Bapa: E. Sivakumar (seorang guru)
Nama Ibu: Bhavani Devi
No tel rumah: 07-789 2312
Alamat Rumah: No 12 A, Jalan Azam 13 Taman Sri Lambak 86000 Kluang Johor.

Modus operanti:
1. Menawarkan jualan murah dalam www.mudah.com
2. Menawarkan jualan murah kepada sesiapa yang mengiklankan diri untuk mendapatkan barang yang dihajati
3. Meminta pembeli memasukkan duit ke dalam akuannya:
4. SMS kepada mangsa kononnya barang dah dibuat penghantaran
5. Tidak menghantar barang.

Sehingga kini hampir RM50K berada dalam akaun si mamat ini, mungkin semuanya adalah hasil dari kerja penipuan melalui cara di atas.

Melalui forum Fotomedia Malaysia Penipu akhirnya rebah jua.... - Forum Fotomedia beberapa mangsa dari utara (Kedah) telah bersatu tenaga bersama ahli forum dari Johor untuk menjejaki rumah mamat ni dan setakat ni 3 orang mangsa telah berjaya mendapatkan kembali semua wang mereka yang ditipu sementara seorang lagi baru mendapat 1/4 dan baki akan dibayar kemudian..
1. Mangsa Per1 (Alor Setar) = Rm1500 (Pembelian Nikon D90)
2. Mangsa ke 2 (Gurun) = Rm1600 (Pembelian Nikon D90)
3. Mangsa ke 3 = Rm800 ( Radio Amatur)
4. Mangsa ke 4 = baru mendapat RM500 dari RM2K yang telah ditipu oleh mamat nih.

Mamat ni dari keluarga baik-baik, bapanya seorang guru yang cukup budiman, sayang sekali anak beliau membuat kerja haram jadah ini di mana pada sangkaan bapaknya anaknya membuka biznis jual air secara online.

Setakat ini hanya mangsa dari utara (Ahli forum Fotomedia Malaysia dari utara) yang berjaya mendapatkan semula wang yang ditipu hasil kerjasama ahli forum dari Selatan (Johor). Siapakah mangsa yang lain belum dapat dikesan dan perlu mendapat pengakuan dari mangsa sendiri. Jika korang telah ditipu dengan mamat ini, sila ambil tindakan segera melalui butiran yang aku berikan di atas. Dan bagi semua forumer di sini, harap ambil perhatian jika ada tawaran jual murah dari mamat ini.. jangan cuba berurusan.

Terpedaya Dengan 2 Dinar


Suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki yang membawa kapak untuk menebang sebatang pokok yang disembah oleh penduduk. Lelaki itu berniat untuk menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah. Lalu datang Iblis menyerupai seorang lelaki tua dan cuba menegahnya. “Jangan halang aku. Aku mahu menebang pokok ini kerana ramai yang menyembahnya,” kata lelaki itu. Iblis berkata, “Engkau sendiri tidak menyembahnya, apa perlu engkau peduli pada orang lain yang menyembahnya?” “Aku tetap akan menebangnya,” balas si lelaki. Lantas Iblis memujuk, “Mahu tak engkau pertimbangkan hasrat kau tu sekiranya aku mencadangkan sesuatu yang lebih baik?” “Apa?” soal lelaki itu. Goda Iblis “Jangan ditebang pokok ini dan aku akan beri dua dinar emas setiap hari.” Lelaki itu bertanya “Bagaimana aku dapat pastikan aku akan menerima dua dinar emas setiap hari?” Balas si Iblis yang menyamar sebagai orang tua, “Aku jamin engkau akan menerima dua dinar emas di bawah bantalmu pada setiap pagi.” Dengan itu, maka terpedayalah si lelaki itu. Dia pun tidak menebang pokok sembahan tadi dan pulang ke rumahnya. Keesokan pagi, dia mendapati di bawah bantalnya ada dua keping dinar emas.

Pada pagi kedua, tidak pula kelihatan dinar emas tersebut. Dengan perasaan marah,lelaki itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat menebang pokok sembahan. Kemudian, datang Iblis menegurnya, “Kenapa engkau datang kembali?” Bentak lelaki itu, “Aku nak tebang pokok sembahan itu, orang ramai menyembah selain Allah.” “Engkau bohong!” tingkah Iblis. “Niat engkau sudahpun berubah. Tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.” Lelaki itu mengendahkan kata-kata Iblis lalu cuba merapati pokok tersebut. Tidak semena-mena tanah di sekitar menelannya hingga dia hampir tercekik. Iblis pun berkata, “Engkau tahu siapa aku? Akulah Iblis! Engkau datang pada mulanya memang tulus marah kerana Allah, oleh itu aku tidak dapat menghalangmu. Dan engkau dapat ditipu dengan dua dinar emas hingga membatalkan niat tulus menebang pokok yang disembah orang ramai. Kemudian engkau datang untuk menebang pokok itu kerana marah tidak dapat dua dinar emas, maka bumi dapat menelanmu!”

Doktor Dan Mat Rempit

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita.

Qunut ( Cerita Pendek )

Kisah Aznil Dan Adik Khayrul Aiman




Baru-baru ni, Paknil ada terbaca nota yang ditinggalkan salah seorang pengunjung blog Paknil bernama Davina.
Assalamulaikum Abg Aznil,

Saya davina, doing programmes for children with cancer. Ada seorang kanak-kanak ( Adik Khayrul Aiman )berhajat jumpa Abg Aznil, as doctor confirmed nothing can be done. Please contact me..if possible...kami mempercepatkan birthday party dia esok.. as doctor said, next week may not be around..wallahualam

September 30, 2009 2:30 PM

layan4u.blogspot.com


Kesan daripada mesej ini, Paknil begitu tersentuh sehingga Paknil terpanggil untuk meluangkan masa memenuhi impian Adik Khayrul Aiman. Davina juga melakukan pelbagai usaha untuk menemukan Aiman (6 tahun) dengan Paknil. Antaranya adalah dengan menghubungi ASTRO dan KRU Studios.

Alhamdulillah, pada hari khamis lalu 1hb Oktober Paknil bersama pengurus KRU, Akmal (AC) telah mengunjungi adik Aiman di rumahnya di Sentul, KL. Keadaan Aiman amat lemah lebih-lebih lagi baru keluar dari hospital. Paknil sempat menghulurkan sebotol air zamzam yang masih lagi Paknil simpan sejak kembalinya Paknil dari tanah suci musim haji lepas. Yalah, air zamzam ni kan ibu segala ubat di dunia ini. Manalah tau ia boleh jadi penawar. InsyaAllah

Paknil bangga melihat ibubapa Aiman yang bersungguh menjaga dan merawat Aiman sehingga menganjurkan majlis doa selamat dan harijadi buat anak tersayangnya itu.

Bagi Paknil, hanya doa dan kunjungan yang dapat Paknil berikan. Apa salahnya jika itu juga boleh dijadikan ubat untuk Aiman.

Sememangnya, insan-insan istimewa seperti Aimanlah yang boleh membuat kita lebih menghargai kehidupan dan sedar bahawa kasih sayang sebenarnya boleh melampaui apa sahaja batasan. Dari mula tidak mengenali keluarga Aiman, kini Paknil mula merasakan mereka bagai sebahagian daripada keluarga Paknil.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Aiman diberikan kekuatan dan sembuh dari penyakit ini kerana kita harus percaya pada kebesaran dan keajaiban Allah SWT. Amin.


Dan Pada
Wednesday, October 7, 2009

Paknil adalah antara orang yang sangat bersedih ketika ini apabila Adik Khayrul Aiman telah kembali ke Rahmatullah untuk bersama Penciptanya setengah jam yang lalu (lebih kurang pukul 1030mlm)

Paknil ingin ucapkan takziah kepada kedua ibubapa dan keluarga Aiman akan pemergian Aiman. Percayalah, seperti yang Paknil katakan pada mereka ketika menghubungi mereka tadi, Adik Aiman lebih aman di sana. Itulah harta mereka yang menanti untuk menolong ketika di hari hisab untuk membawa kedua ibubapanya terus ke Firdausi.

"Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkanlah semangat kedua ibubapa Aiman agar dapat melalui dugaan dan cabaran Mu ini. Engkau yang lebih mengetahui.

Dan Engkau letakkan lah anak kecil suci ini di sisi Mu agar dapat menjadi pembela kedua orang tuanya apabila Engkau hidupkan kami semula di hari akhirat nanti. Amin"

Petikan Dari http://aznilnawawi.blogspot.com/

Jangan Anda

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Kredit zamstylo.blogspot

Tahukah Anda ?

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
layan4u.blogspot.com
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
layan4u.blogspot.com
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts