Baru-baru ni, Paknil ada terbaca nota yang ditinggalkan salah seorang pengunjung blog Paknil bernama Davina.
Assalamulaikum Abg Aznil,
Saya davina, doing programmes for children with cancer. Ada seorang kanak-kanak ( Adik Khayrul Aiman )berhajat jumpa Abg Aznil, as doctor confirmed nothing can be done. Please contact me..if possible...kami mempercepatkan birthday party dia esok.. as doctor said, next week may not be around..wallahualam
Bagi Paknil, hanya doa dan kunjungan yang dapat Paknil berikan. Apa salahnya jika itu juga boleh dijadikan ubat untuk Aiman.
Sememangnya, insan-insan istimewa seperti Aimanlah yang boleh membuat kita lebih menghargai kehidupan dan sedar bahawa kasih sayang sebenarnya boleh melampaui apa sahaja batasan. Dari mula tidak mengenali keluarga Aiman, kini Paknil mula merasakan mereka bagai sebahagian daripada keluarga Paknil.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Aiman diberikan kekuatan dan sembuh dari penyakit ini kerana kita harus percaya pada kebesaran dan keajaiban Allah SWT. Amin.
Dan Pada Wednesday, October 7, 2009
Paknil adalah antara orang yang sangat bersedih ketika ini apabila Adik Khayrul Aiman telah kembali ke Rahmatullah untuk bersama Penciptanya setengah jam yang lalu (lebih kurang pukul 1030mlm)Dan Pada Wednesday, October 7, 2009
Paknil ingin ucapkan takziah kepada kedua ibubapa dan keluarga Aiman akan pemergian Aiman. Percayalah, seperti yang Paknil katakan pada mereka ketika menghubungi mereka tadi, Adik Aiman lebih aman di sana. Itulah harta mereka yang menanti untuk menolong ketika di hari hisab untuk membawa kedua ibubapanya terus ke Firdausi.
"Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkanlah semangat kedua ibubapa Aiman agar dapat melalui dugaan dan cabaran Mu ini. Engkau yang lebih mengetahui.
Dan Engkau letakkan lah anak kecil suci ini di sisi Mu agar dapat menjadi pembela kedua orang tuanya apabila Engkau hidupkan kami semula di hari akhirat nanti. Amin"
Petikan Dari http://aznilnawawi.blogspot.com/
Petikan Dari http://aznilnawawi.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment