SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang
tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang
bukan mahramnya?
JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di
antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan
kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari
nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga.
Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang
bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan
isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi
satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah
dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan
memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di
atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah
sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab
dalam ibadah yang khusus (fardu ain).
Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman
peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa
api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika
menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang
bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya
daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami
menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka
dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang
wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah
ilmu tauhid.
Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya.
Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya.
Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah
mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam
silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.
Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat.
Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang
melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu
budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama.
Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke
tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh
seorang lelaki.
Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami
jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah
tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami
wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan
hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup
aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah
Allah.
Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu
dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan
dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak
dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang
demikian akan membawa padah pada si isteri.
Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka
masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak
berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan
akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih
ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah
akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.
Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang
beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).
Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum
perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib.
Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup
auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya
melainkan kedua telapak tangan dan wajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimb...
0 comments:
Post a Comment