gadis malang mati semasa berjoging

Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya ketika dia sedang berjoging di Seksyen 1, Bukit Gasing berdekatan kuil Selva di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Ong Ai Sam, 52, mati di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah selepas terkena tikaman tersebut. Lebih memilukan, perbuatan kejam dua suspek itu telah disaksikan oleh suami dan anak perempuan mangsa yang berusia 17 tahun. Menurut sumber, ketika kejadian, tiga beranak itu dikatakan sedang berjoging di kawasan berkenaan sebelum didatangi oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. "Dua suspek terbabit yang memakai topi keledar bertutup penuh kemudian menghampiri mangsa dan cuba meragut beg milik wanita itu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. berita 22 april 2013

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts