5 Gambar Trend Bergaya Baring

5 Gambar Trend Bergaya Baring





Lawak Orang Putih - Boss and Sandar

Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .

2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.

Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.

Sardar joined new job. 
1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely..


Museum Administrator: U ******..That's a 500-year-old statue u've broken!!
Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one..


At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!!
Sardar: Control yourself sir.. Don't cry.. See that man. he has lost his head. Is he crying?


Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ""All India Radio! """


NOW THE LAST TWO ULTIMATE:
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr.....Dhhuuuurrrrrrrr......
Inteviewer Shouts: Stop it !!!!!
Sardar: Dhhuuuurrrrrr.. dhup dhup dhup dhup...... Stop ready sir..

Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king's skeleton when he was a child.

Perempuan Tukar Jantina Lelaki - Panas


JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).

 Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.

Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.

Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.


“Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal,” katanya.

Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. -

Remaja ‘patung’ popular di internet

Remaja ‘patung’ popular di internet

Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.

Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.
Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.

Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.
Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.


Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali 

Ebook, Ipad akan ganti buku teks di sekolah

MAXIS Berhad (Maxis) merancang memperkenalkan tablet pendidikan di peringkat sekolah bagi menggantikan buku teks yang diguna pakai menerusi sistem pembelajaran tradisional di negara ini.

Pengurus Besar dan Ketua Inovasinya, Navin Nathan berkata, Maxis kini memulakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat itu, namun memaklumkan ia masih di peringkat awal.


“Kami sedang berbincang mengenai kaedah memasarkan tablet di peringkat sekolah bagi memastikan ia boleh direalisasikan mengikut kemampuan pelajar.

“Apa yang boleh saya maklumkan, kementerian berminat melaksanakan projek ini,” katanya kepada Bisnes Metro selepas pelancaran perkhidmatan e-buku bersepadu Malaysia yang ditawarkan Maxis di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau memaklumkan, Maxis berhasrat membawa masuk tablet yang berharga sekitar RM300 bagi digunakan pelajar di peringkat rendah dan menengah.
“Pada masa kini, banyak tablet berharga murah yang baik di pasaran seperti Huawei dan sebagainya yang boleh diambil kira sebagai ganti kepada buku teks,” kata Nathan.

Bagaimanapun, Nathan enggan mendedahkan jumlah tablet mampu milik yang dijangka dibawa masuk Maxis ke negara ini
Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Produk Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis, T Kugan berkata, perkhidmatan e-buku Maxis boleh didapati di peranti sistem operasi Apple dan Android seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab.

“Harga buku digital yang boleh dipindah turun melalui aplikasi ‘Maxis ebooks’ bermula dari RM8 hingga RM99 dalam pelbagai bahasa.
“Pembelian akan dimasukkan terus ke bil pascabayar pelanggan Maxis atau dipotong daripada akaun Hotlink mereka,” katanya.


Setakat ini, pelanggan Maxis mempunyai akses kepada 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa menerusi 40 kategori.
“Sejumlah 20 peratus buku ditawarkan diterbitkan penulis negara ini manakala selebihnya buku antarabangsa,” katanya.


Maxis turut merancangmemperkasakan hasil karya penulis tempatan yang tidak lagi perlu menampung kos tinggi bagi menerbitkan buku mereka.
“Jika ada penulis tempatan yang mahu memberikan karya mereka, hanya hubungi kami untuk diterbitkan,” kata Kugan.


Pindah turun aplikasi Maxis ebooks boleh didapati secara percuma dari Google Play dan App Store Apple.

Rahsia Pelajar 14 tahun hidup mewah terbongkar

- Rahsia Pelajar 14 tahun hidup mewah terbongkar-

Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.

Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.
“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.

“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.
Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.

“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.
Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.

Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.
Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.

Gambar palsu GEMPA BUMI tersebar [12/4/2012]


Pengguna laman blog mikro, Twitter seakan berlumba-lumba menyebarkan maklumat bergambar mengenai kesan gempa di Aceh.

Bagaimanapun, keghairahan memuat naik gambar itu akhirnya terbongkar berikutan kebanyakan foto tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan teknik penindihan imej gempa terdahulu.

Kebanyakan gambar itu menunjukkan jalan raya terbelah dan rumah musnah teruk akibat kesan gempa 8.5 skala Ritcher tersebut. di JAKARTA -

Gempa bumi kuat gegar barat Mexico [2012/04/12]

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 menggegarkan barat Mexico hari ini mengakibatkan pekerja di bergegas keluar daripada bangunan, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa yang berlaku pada jam 10.55 malam (waktu tempatan), berpusat kira-kira 51 kilometer dari La Mira, Michoacan.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami atau kemalangan jiwa dilaporkan

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts