Sunway Universiti Tengah Promotion

Sunway Universiti Tengah Promotion Sunway Universiti Tengah Promotion Sunway Universiti Tengah Promotion

Tuesday, March 6, 2012

Lelaki mati perut terburai

Lelaki mati perut terburai Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri serta beberapa rakan senegaranya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata sebaik pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan. Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kimpalan dipercayai ditetak mati dalam pergaduhan dengan beberapa orang yang mungkin dikenalinya. "Mangsa ditetak di seluruh badannya termasuk perut dan kepala dan kami sedang menjejaki rakan mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya yang menolak kemungkinan samun sebagai motif pembunuhan. Beliau yang ditemui di lokasi kejadian malam tadi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Thien yang mengaku teman sekampung mangsa di Vietnam, menjelaskan bahawa mangsa dikenali sebagai seorang yang gemar berjudi. Menurutnya, kira-kira dua hari lalu, mangsa yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia, dikatakan mengalami masalah dengan beberapa lelaki warga Indonesia berikutan kegiatan judinya. Katanya, dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham dengan kumpulan lelaki Indonesia terbabit. Menurut Thien lagi, mangsa baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu dan tinggal bersama isterinya di rumah sewa terbabit

Rahsia kecantikkan terbongkar - jadi cantik dalam masa singkat

Rahsia kecantikkan terbongkar - jadi cantik dalam masa singkat Menurut kata pakar,

 menggunakan produk ini akan mencantikkan wajah dalam masa singkat.. Pakar tersebut bernama albert jooomt adalah pakar dalam menipu :p

Suami Bersama dengan 6 isteri serentak

Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam. Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama. Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa. Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak. “Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Gambar Lelaki Paling cantik dan menggoda






Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke'wanita'annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.

Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.

Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi 'cita-cita'nya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi 'perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.

Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.

Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. 'Nong Poy Treechada' yang nama sebenarnya 'Treechada Petcharat',dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.

Cerita Filem Fetih 1453 (cerita tentera Uthmaniyah )


TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara pada 27 Februari lalu.

ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.

Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.

Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.

Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.

Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul.