Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10
saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan
antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang
umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon
termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. `
`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan
bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak
Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang
di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang
bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan
kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri
juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan
gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan
lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah c...
0 comments:
Post a Comment