Ibrahim Bachik Meninggal Dunia

Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma dua hari akibat komplikasi buah pinggang di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini semalam.

Allahyarham yang menggubah lagu Ku Cari Damai Abadi hasil lirik daripada puisi tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung juga merupakan pemain piano veteran dalam kumpulan Orkestra RTM.

Menurut anak saudara Allahyarham, Harun Salim Bachik yang merupakan pelawak terkenal tanah air, komposer dan pemuzik popular era tahun 1970-an itu sewaktu hayatnya banyak mencipta lagu patriotik seperti Melayu Mudah Lupa dan Runtuhnya Melaka Dirikan Putrajaya.

“Antara lagu terakhir yang dicipta oleh Allahyarham berjudul Ku Cari Damai Abadi di mana ia telah dipersembahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 5 September 2004. Selain menjadi pemuzik dan komposer, arwah juga bekas penyampai radio RTM pada tahun 1970-an.

“Kebanyakan lagu-lagu patriotik ciptaan Allahyarham masih disiarkan di stesen-stesen radio dan televisyen RTM sehinggalah ke hari ini dan ia dikategorikan sebagai malar segar,” katanya sewaktu dihubungi di sini.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selandar, Jasin, Melaka selepas solat Zohor semalam dan ia turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.

Ibrahim Bachik Meninggal Dunia , Al fatihah

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts