Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, menolak pengakuan salah yang diberikan oleh
seorang remaja berusia 19 tahun selepas dia tidak mengakui fakta pertuduhan
merogol yang dihadapinya.
Pada prosiding itu, Mohd Saiful Ridzuan yang
merupakan seorang penganggur menafikan fakta kes tersebut yang dibacakan
sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.
Dia terdahulu mengaku salah
atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga berusia 15 tahun sembilan
bulan pada pukul 10 malam, 15 Oktober lalu di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL), Jabatan Kerja Awam & Lalu Lintas, Sentul, di sini.
Tertuduh
yang ditangkap pada 17 Oktober lalu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun
keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh
dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Berhubung soal jaminan, Timbalan
Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan jaminan atas alasan
bimbang tertuduh akan menganggu mangsa memandangkan mereka saling mengenali
antara satu sama lain.
Bagaimanapun, tertuduh yang bertubuh kecil itu
merayu mahkamah memberikan jaminan kerana mendakwa, dia mahu ke
sekolah.
"Abang saya hadir pada hari ini untuk menjamin saya. Keluarga
saya orang susah dan bapa hanya menjual nasi lemak. Saya tidak pernah ditangkap
sebelum ini," tambahnya.
Hakim Elelia Kaswati Mohamad Khalid menetapkan
jaminan tertuduh pada jumlah RM6,000 dengan syarat penjamin mestilah abangnya,
selain tertuduh dilarang untuk menghampiri mangsa dalam apa juga
cara.
Selain itu, anak bongsu daripada empat beradik itu juga
diperintahkan untuk melaporkan diri ke balai polis berhampiran rumahnya pada
hari pertama setiap bulan.
Kes akan ditetapkan untuk sebutan semula pada
29 November ini untuk tertuduh melantik peguam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimb...
0 comments:
Post a Comment