Permasalahan isu keganasan di Selatan Thailand dirumitkan lagi dengan tindakan
askar kerajaan meninggalkan begitu saja 1,000 wanita Islam selepas menjalin
hubungan atau berkahwin dengan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Mengenai
Keadilan dan Hak Asasi Manusia berkaitan masalah sempadan di Selatan Thailand,
Chaiyong Maneerungsakul, berkata wanita Islam menjadi mangsa sosial berpunca
daripada keganasan tempatan apabila menjalin hubungan dengan askar Buddha yang
dihantar bertugas di rantau itu.
Ada anggota tentera jatuh cinta dengan
wanita berkenaan dan mengahwini mereka tetapi apabila kembali ke rumah mereka
atau wilayah lain, wanita Islam terbabit tidak dapat mengatasi masalah kejutan
budaya dan pulang semula ke wilayah Selatan.
Oleh sebab itu, tentera yang
dihantar ke Selatan turut menjadi punca kepada banyak masalah sosial di wilayah
itu, kata Chaiyong yang dipetik akhbar Bangkok Post, semalam.
Pendedahan
isu 1,000 wanita Islam itu menyusuli kes rakaman menunjukkan seorang remaja
tempatan berusia 16 tahun dicabul askar kerajaan.
Laporan menyatakan,
pada 22 Januari lalu, seorang askar dikenali sebagai Winai sama ada ‘bersetuju
untuk bertemu dengan mangsa’ atau ‘menggoda mangsa’ terbabit ke satu tempat
terpencil di sebuah hospital dekat pos kawalan tentera.
Kejadian rogol atau
‘seks’ berlaku dengan kejadian dirakam seorang lagi askar kerajaan diberi nama
Yot.
Meskipun mangsa tidak melawan, remaja itu jelas cuba menyembunyikan
mukanya daripada kamera. Prebet Winai tersenyum dan ketawa manakala Prebet Yot
didengar memberi semangat kepada rakannya.
Selepas itu, Yot menghantar
klip berkenaan kepada rakan-rakannya yang mengedarkan rakaman itu sebelum turut
diterima rakan mangsa menyebabkan ibu bapa mangsa mengadu kepada pihak
berkuasa.
Dalam keganasan terbaru, sebutir bom meletup di sebuah pasar di
daerah Tak Bai, membunuh seorang dan mencederakan tujuh yang lain manakala dalam
kejadian berasingan di Yala, seorang askar di bawah pengaruh dadah dilaporkan
menembak mati seorang rakan tenteranya dan mencederakan tiga yang
lain.
Bom meletup di pasar Ban Taba Moo 1 di Tambon Jeh He, berhampiran
pangkalan feri.
Bom seberat lima kilogram yang diletupkan dengan alat
kawalan jarak jauh itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia dikenali
sebagai Paosi Awae.
Di YALA, polis menahan Prebet Bancha Raklaemkae, 22,
selepas satu kejadian tembakan awal pagi di Yala Taskforce 14 di Ban La Tor,
Tambon Kabang. Bancha didapati berada di bawah pengaruh methamphetamin ketika
kejadian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimb...
0 comments:
Post a Comment