Disko matahari terbit


KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan yang dibuka sehingga matahari terbit dan menjadi tumpuan termasuk pengunjung beragama Islam untuk berseronok sambil khayal di bawah pengaruh dadah akhirnya diserbu juga.

Pihak polis yang telah lama mengawasi pusat hiburan karaoke ala mini disko tiga tingkat yang dikenali sebagai Laiketong di Taman Maluri, Cheras, itu atas dakwaan ia menjadi sarang penagih dadah sintetik.

Dalam serbuan pukul 7.30 pagi semalam, seramai 118 pengunjung yang majoriti daripadanya mabuk dan khayal, telah diperiksa serta berakhir dengan 37 orang ditahan selepas didapati positif dadah jenis ketamin, syabu dan eramin 5.

Daripada jumlah itu, seramai 21 orang adalah wanita termasuk tiga warga Indonesia dan Laos.

Turut diperiksa ialah sekumpulan 14 pegawai dan anggota polis yang kebetulan sedang berhibur di pusat berkenaan.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang dketuai oleh Asisten Supritendan Mahani Mohamed.

Ketika serbuan beberapa pengunjung cuba lari melalui bumbung dan mengunci diri dalam premis berhampiran, namun usaha itu gagal apabila taktik mereka dihidu polis, yang bertindak memecah pintu premis untuk memberkas mereka.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts