Semasa aku kecil-kecil dulu antara tahun 1996 hingga 2000,setiap kali cuti sekolah kami akan dihantar pulang ke kampung.Pastinya suasana waktu itu sangat meriah,ditambah lagi sepupu-sepupu aku dari Segamat juga pulang bercuti.
Bermacam aktiviti dilakukan setiap masa.Yang paling menyeronokkan kami akan mengelilingi ibu saudara kami yang sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari,beliau kami panggil Mak Long Tik.Keadaan Mak long Tik sekarang(2009) sedikit uzur.
Namun pada waktu itu,beliau masih kuat lagi menyiapkan keperluan di kampong.Suatu hari seperti biasa,kami mengelilingi Mak Long Tik.Walau sibuk memasak,namun beliau tetap seronok melayan kami.Kebiasaannya kami akan didengarkan cerita-cerita lama keluarga kami.Paling digemari ialah kisah-kisah hantu.
Mak Long Tik bercerita, pengalaman abang iparnya (kita panggil Abang Sudin) yang mengalami pelbagai perkara misteri.Ceritanya begini;Pada suatu malam Abang Sudin baru pulang dari pekerjaannya.Beliau melalui satu kawasan yang gelap dan sunyi berseorangan.Zaman itu masih dalam tahun 50 an.Sedang berjalan-jalan itu,Abang Sudin ternampak seorang anak kecil menangis dibahu jalan,terusik dihatinya teringat anak-anaknya dirumah.
Anak kecil itu persis anak-anak biasa saja.Lengkap batang tubuhnya.Beliau berhenti dan menyapa anak kecil itu,bertanya kenapa menangis dan siapa ibu ayahnya.Namun anak kecil itu hanya memandang beliau dan tidak menjawab serta terus-terusan menangis.Berasa kasihan, Abang Sudin pun membawa pulang anak tersebut kerumah.Mereka berpapasan berjalan berpegangan tangan.Tatkala menghampiri kawasan rumah beliau ,Abang Sudin beristighfar panjang.Anak kecil itu tiba-tiba saja ghaib.Beliau dapat merasakan geruh akan terjadi.
Sebaik memasuki rumah,dilihatnya semua anak-anaknya menangis diruang tengah rumah.Isterinya memangku anak sulungnya yang berbuih mulut.Menjelang fajar,Abang Sudin kehilangan seorang anak.Memang sudah takdir,namun terasa kesal dihatinya kerana tidak berfikir panjang melayan ditengah jalan,entah anak manusia atau anak jin .
Sejak itu sesiapa yang ternampak kelibat anak kecil ditengah jalan dimalam buta,tidak akan sesekali lagi berani melayan.Wallahualam.
Dari Click
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar)*terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separu...
-
Pelacur yang menawarkan perkhidmatan , tetapi ni hanya paparan.. jangan pergi ke lembah2 berdosa ni, kuatkan iman anda. Macam Dah tua wani...
-
Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya gan adik ipar saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor. Kami me...
0 comments:
Post a Comment