Tukang Jahit dan Majistret

tukang  jahit
Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing, seorang majistret di sebuah daerah meminta seorang tukang jahit membuatkannya jubah rasmi yang baru.

” Tuan, terlebih dulu beritahu saya jawatan yang tuan sandang. Adakah tuan baru menjadi pegawai atau baru dilantik ke jawatan baru atau sudah lama menjadi pegawai?” tanya tukang jahit itu.

” Apa kena mengenanya dengan hasratku membuat jubah baru?” soal majistret itu dengan penuh kehairanan.

” Oh, banyak ! Jika tuan pegawai baru, tuan akan berdiri lurus setiap masa di istana, Kalau begitu, tuan memerlukan jubah yang labuhnya sama panjang belakang dan depan. Bagi pegawai yang baru dilantik ke jawatan baru pula, jubahnya mesti labuh di depan dan singkat di belakang kerana mereka ini megah dan sombong, suka mendongak dan berjalan mendada. Bagi pegawai lama, jubah mereka mestilah berbeza. Disebabkan mereka seringkali dicela dan dimarah oleh pegawai atasan dan selalu duduk melutut, mereka berdukacita dan badan mereka bongkok. Jadi mereka perlukan jubah yang singkat di depan dan labuh di belakang. Jikalau saya tak tahu tuan ini termasuk dalam kategori pegawai yang mana, bagaimana saya nak buat jubah yang padan dengan tuan?”

Dari Click

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts