2 juta Biskut Ezyan Enterprise Ditempah

Ni la kejayaan Bumiputra, Bacakan petikan yang diambil dari Kosmo


SEMENYIH - Ezyan Enterprise, syarikat bumiputera yang mengeluarkan biskut tradisional, kini dalam perancangan untuk meluaskan lagi kilang pemprosesan makanan itu dengan melibatkan kos pelaburan kira-kira RM150,000 dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Pengurusnya, Mohd. Rais Daut berkata, usaha untuk meluaskan kilang itu perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi kapasiti pengeluarannya yang dilihat tidak dapat menampung jumlah permintaan yang diterimanya setiap kali menjelang musim perayaan.




Katanya, pada waktu tersebut khususnya Hari Raya dan Hari Natal, pihaknya menerima tempahan yang begitu menggalakkan sehingga terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga lewat malam semata-mata mengejar masa untuk memenuhi tempahan yang diterima.
"Tempahan yang diterima daripada pelanggan kebanyakan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya kerana kemampuan maksimum kami hanyalah kira-kira 15,000 bungkusan setiap bulan.


0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts