Tongkat Ali, Lelaki Perlu Tahu

Kegunaannya Dalam Bidang Perubatan

Tumbuhan ini secara tradisionalnya adalah tonik am, atau tonik yang diminum selepas bersalin, sebagai pemberangsang daya seksual, penawar (antidot), mengelakkan tekanan darah tinggi, mengelakkan panas badan (anti-piretik), batuk kering, bisa, cacing usus dan melegakan rasa panas.

Ia juga amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit di tulang, gatal-gatal, mengelakkan penyakit kuning, kembung air (dropsi), kakeksia, demam, ceret-beret, senak, lumbago dan disenteri. Akar Tongkat Ali terkenal di kalangan berbagai kumpulan etnik untuk mengelakkan berbagai jenis penyakit dan menyihatkan badan.


Tingkatkan Tenaga Anda Sebanyak 60%

Kesan-kesan Tongkat Ali dalam meningkatkan tenaga dan kekuatan badan berbeza berbanding peningkat syahwat jenis lain. Digunakan secara tradisional oleh Orang Asli dan Malaysian sebagai tonik untuk meningkatkan daya tahan badan, stamina dan kekuatan. Tonik ini amat bernilai di kalangan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam dan Indonesia atas nilai perubatannya.


Kajian-kajian saintifik terkini telah membuktikan kepercayaan ini.

Tenaga dalam badan kita disimpan dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat), molekul-molekul bertenaga tinggi yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan tenaga. Kajian-kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali berupaya meningkatkan penghasilan ATP sebanyak 60% melalui pengoksidaan phosphorylation. Untuk tujuan ini, Tongkat Ali boleh diambil untuk meningkatkan paras tenaga, mengatasi tekanan dan kelesuan.


Hormon Lelaki : Testosteron

Testosteron adalah androgen semulajadi paling berpotensi di kalangan lelaki. Ia mungkin merupakan faktor utama yang mencetuskan kesan penggiatan daya seksual. Oleh kerana paras testosteron didapati akan bertambah dengan adanya di-bahan Eurycoma longifolia, maka dapat dirumuskan bahawa ekstrak Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri afrodisiak (bahan penggiat daya seksual).





Fakta-fakta yang Perlu Lelaki Tahu Tentang Hormon Lelaki Mereka :

Fungsi Testosteron

Testosteron merupakan pewakilan terpenting dalam hormone seks lelaki yang dikenali sebagai androgen yang dihasilkan oleh gonad. Perembesannya merangsang pembezaan organ pembiakan jantan di embrio iaitu testis dalam skrotum, perkembangan organ pembiakan dan zakat semasa akil baligh dan pematangan sperma. Ia juga bertanggung jawab dalam perkembangan sifat-sifat seks menengah seperti pertumbuhan misaim, janggut, pembesaran larinks (suara garau) dan peningkatan penghasilan kelenjar rembesan yang mana berkaitan dengan sifat kejantanan. Testosteron juga memainkan peranan dalam perkembangan dan pemuliharaan syahwat jantan (nafsu seks) dan perangai seksual.

Testosteron mempunyai peranan ‘bukan seksual’ : ia menyumbang kepada fungsi penting biosintesis protin dalam mempercepat pertumbuhan otot, meningkatkan formasi sel darah merah, mempercepat pertumbuhan semula dan masa pemulihan selepas kecederaan atau penyakit. Ia merangsang seluruh aktiviti metabolic terutamanya dalam metabolisma tenaga dan pembakaran lemak badan.

Paras Testosteron Menurun Mengikut Umur

Jika anda bertanya kepada golongan tua tentang daya tahan dan nafsu seks - jawapannya akan diperoleh adalah negative. Apakah puncanya ? Penuaan ? Jawapan tentulan ‘Ya’ ! Tetapi bagaimanakan penuaan bertanggung jawab terhadap sindrom ini ? Jawapan ternyata di sebalik tabir paras testosteron yang menurun apabila umur meningkat. Kajian menunjukkan bahawa semasa akil baligh, parasnya memuncak. Parasnya berada di paras tertinggi pada umur 25 dan seterusnya menurun berkadar dengan umur. Sesetengah kajian klinikal menyatakan bahawa secara umumnya, paras testosteron jatuh sebanyak 2 peratus setiap tahun selepas umur 30.

Kadar penurunan ini merupakan faktor kehidupan seharian. Individu yang kerap bersenam mempunyai kadar penurunan yang lebih lambat. Ini kerana bersenam sehingga tahap tertentu dapat memanjangkan rangsangan hormon rembesan. Penurunan yang lebih ketara dapat dilihat pada individu yang merupakan penghisap rokok dan kaki botol.

Risiko Paras Testosteron yang Rendah

Kajian perubatan telah menujukkan bahawa paras testosteron yang rendah mendorong kepada :

1 Serangan Sakit Jantung dan Penyumbatan Otot Kardiak

2 Angin Ahmar dan Penyakit Saluran Darah

3 Penurunan metabolisma lemak badan

4 Penggumpulan lemak dalam badan

5 Penyakit Alzheimer

6 Osteoporosis dan Patah Pinggul

Akan tetapi, anda boleh mencegah penurunan paras testosterone Kembalikan tenaga dan kekuatan badan

Nilai Peningkat Syahwat Nafsu Bukan sekadar peningkat syahwat !

Sejak 1994, pelbagai pihak telah menjalankan pelbagai eksperimen saintifik dalam mengkaji sifat peningkat syahwat Tongkat Ali. Institusi Sains Farmaseutikal, Universiti Sains Malaysia telah melaporkan bahawa ujian-ujian yang dijalankan dalam makmal menyatakan bahawa Tongkat Ali mempunyai kesan peningkat syahwat dalam eksperimen ke atas haiwan. Ia dapat meningkatkan bilangan kali dan jangka masa persetubuhan dalam pemerhatian haiwan kajian.

Lebih laporan-laporan kajian tetang sifat biologi ekstrak larut air yang dilaporkan dalam Prosiding Seminar Sebatian Kimia Semulajadi ke-13 FRIM 1997 ;

Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular Malaysia ke-22 1997 ;

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Tumbuhan Ubatan FRIM 1995 ;

Prosiding Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular ke-19 1994 dan sesetengah penerbitan lain.

Eksperimen yang dijalankan oleh sepasukan saintis di Universiti Malaya menunjukkan bahawa ekstrak larut air dari Tongkat Ali mempunyai kesan-kesan berikut :

Ujian in-vitro dalam tisu testis homogenats manusia menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali meningkatkan formasi testosterone (hormone seks lelaki) sebanyak 4.4 kali ganda.

Kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan perubahan signifikan dalam nisbah peranakan lelaki : perempuan, contoh 3:1 dalam kumpulan dirawat berbanding nisbah 1 : 1 dalam kumpulan tidak dirawat.

Eksperimen yang dijalankan juga menunjukkan bahawa ekstrak larut air ini juga berupaya meningkatkan konsentrasi sperma, peratusan progresif sperma dan kadar mobiliti. Keputusan yang diperolehi mencadangkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma dan seterusnya meningkatkan kadar kesuburan.

Ekstrak larut air Tongkat Ali mempunyai potensi untuk meningkatkan kesuburan dan juga meningkatkan saiz buangan.

Rujukan :

[ Buletin Farmaseutikal dan Biologikal 21 (2) 1998 153-155; Perolehan

Kajian Farmakal ( Seoul ), 20 (6). 1997 . 656-658 ; Jurnal Farmakognosi

Antarabangsa, 35 (2) .1997.144-46; Haiwan Kajian (Tokyo),

46(4). 1997.287-90 ]

Petikan daripada ‘The New Straits Times’ 28 JUNE 2004

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts