Genster n Bisu

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Bunian

Bunian adalah sejenis makhluk halus yang dikenal di wilayah Minangkabau, Sumatera Barat. Bentuknya menyerupai manusia, tinggal di tempat-tempat sepi, di rumah-rumah kosong yang telah ditinggal penghuninya.Istilah ini dikenal di wilayah Istilah orang bunian juga terkadang dikaitkan dengan istilah dewa di Minangkabau, pengertian dewa dalam hal ini sedikit berbeda dengan pengertian dewa dalam agama-agama Hindu maupun Buddha.

Dewa dalam istilah Minangkabau berarti sebangsa makhluk halus yang tinggal di hutan atau di rimba, di pinggir bukit, di dekat pekuburan. Biasanya bila hari menjelang maghrib di pinggir bukit akan tercium sebuah aroma yang biasa dikenal dengan nama masakan dewa atau samba dewa. aromanya mirip bau kentang goreng. Hal ini boleh ditanyakan langsung kepada masyarakat Minangkabau. Satu hal lagi, dewa lebih dikonotasikan bergender perempuan, yang cantik rupawan, bukan laki-laki seperti persepsi yang umum di agama lain. Selain itu, masyarakat juga meyakini bahwa ada peristiwa orang hilang disembunyikan dewa; ada juga istilah orang dipelihara dewa, yang semenjak bayi sudah dilarikan oleh dewa. cerita ini masih masyhur sampai sekarang.

Hantu Kuntilanak

Hantu Kuntilanak

Kuntilanak (bahasa Melayu: puntianak, pontianak) adalah hantu yang dipercaya berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal karana melahirkan dan anak tersebut belum sempat lahir.

susuk kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang punggungnya berlubang. Kuntilanak sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga kamboja. Konon laki-laki yang tidak berhati-hati akan dibunuh sesudah kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak juga suka melukai wanita hamil.

Hantu Genderuwo

Genderuwo

makhluk halus yang berwujud manusia bertubuh besar dan kekar dengan rambut lebat menutupi tubuh. Genderuwo terutama dikenal dalam masyarakat di Pulau Jawa .

Habitat hunian kegemarannya adalah pohon besar teduh atau sudut-sudut yang lembab dan gelap. Makhluk ini dilaporkan dapat berkomunikasi dengan manusia dan juga bisa menyukai manusia. Cerita-cerita misteri menyebutkan kalau genderuwo dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti wujud fisik seseorang. Menurut cerita pula, genderuwo hanyalah berkelamin pria dan dapat menghamili perempuan, bahkan menghasilkan keturunan dari hubungan itu.

Asal-usul genderuwo dikatakan berasal dari arwah orang meninggal yang belum mau naik ke akhirat.Genderuwo tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu.

Dari Dhemit

Hantu Sundal Bolong

Hantu Sundel Bolong

Sundel bolong dalam mitos hantu Indonesia digambarkan dengan wanita berambut panjang dan bergaun panjang warna putih. Digambarkan pula terdapat bentukan bolong di bagian punggung yang sedikit tertutup rambut panjangnya sehingga organ-organ tubuh bagian perut terlihat. Dimitoskan hantu sundel bolong mati karena diperkosa dan melahirkan anaknya dari dalam kubur. Biasanya sundel bolong juga diceritakan suka mengambil bayi-bayi yang baru saja dilahirkan.

Artikel dari Dhemit

Sejarah Ayat KURSI Dan Kelebihanya

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a., Rasullullah s. a. w. bersabda,

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”

Diambil dari Hyper Cosmos

Cerita Seram Dari palongan

Kisah ni berlaku lebih krg 4 tahun lepas. 2 org sahabat(pelajar lelaki) maut dalam kemalangan jalanraya. kemalangan itu berlaku betul2 depan sebuah jambatan. Saksi mengatakan seorang pelajar terbabit mati serta merta n sorang lg mati beberapa minit kemudian. motosikal yg dinaiki menghentam penghadang jalan menyebabkan rusuk salah seorang pelajar terbabit berlubang.

Keesokan malam, rakan seasrama terbabit dikejutkan dgn kehadiran bayang2 2 org pelajar tadi dlm keadaanmengerikan.Lalu mereka bertempiaran melarikan diri. Malah bayang2 2 sahabat itu dilihat sentiasa berkeliaran di kawasan sekolah terutamanya di asrama lelaki.Pernah satu malam, beberapa org pelajar asrama terbabit bermain judi lebih kurang pukul 1130mlm. Dlm keadaan asyik syok main judi,mereka x menyedari 2 sosok roh tadi berdiri tepat di belakang mereka dgn wajah murung n pucat dgn baju dibasahi dgn darah kering tanpa berkasut. Seorang rakan mereka menoleh ke atas lalu menjerit sekuat hati sekali gus mengejutkan rakan2 yg lain. Apalagi, 100 meterla jawadnya.Roh pelajar terbabit bukan sahaja berkeliaran di kwsn sekolah,malah turut menjelma di stesen bas sekolah terbabit. Penduduk berdekatan sekolah terbabit yg selalu melimpas stesen bas pd jam pukul 4-5 pagi akan terserempak dgn 2 roh pelajar tadi.

Salah seorang penduduk mendakwa melihat 2 org pelajar lelaki berdiri di stesen bas dgn mata terbeliak dan tajam,seperti x puas hati.Memakai pakaian sekolah yg koyak n berdarah kering. Ada juga penduduk yg hampir terbabas kerana terkejut. Pernah sekali pengguna jalanraya yg datang ke daerah itu mendakwa dikejar roh terbabit.Dia bernasib baik selepas roh itu ghaib beberapa ratus meter.Akhirnya penduduk di situ membersihkan tempat kemalangan 2 pelajar itu. Mereka turut menemui beberapa gumpal darah kering di atas tar jalan serta beberapa tompok darah pd tiang penghadang jalan lalu menyimbahnya hingga bersih. Selepas tu kejadian tu x lg berlaku.Menurut penduduk,kewasan itu memang terkenal dgn kawasan maut sebab sebelum itu pun ramai hilang nyawa akibat kemalangan.

Seram La sangat dari cLiMaXKlaTE

aku ada satu cerita seram.....seram ni...

yang penakut disaran agar jangan menbacanya....

tolong la jangan baca kalau ko duduk seorang diri je kat rumah....

kerana dikhuatiri akan mengalami kebasahan seluar sendiri...

ceritanya begini....
pada suatu malam...
malam jumaat....
ada seorang kanak2 yang ingin kencing....
maka dia pun pergi la ke tandas....
selepas tu, kencing la dia....
selepas kencing, di mengapai tangan untuk mengambil tisu....
tetapi tisu tersebut sudah habis... maka dia pun terus berlari ke biliknya dan terus tertidur tanpa mengelap tangannya dahulu.....
pagi esoknya........
dia pun.....
pergi kesekolah!TAMATeeeeeeeee......
seram gila cerita ni kan?kan?

Cerita Hantu Dari Asuk KL

Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya gan adik ipar saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor.

Kami memancing di sana sebab ada orng kata banyak ikan ketutu.Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor honda ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.

Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batng Joran dan umpan anak ikan.

Kami memancing tidak berjauhan maklumlah Hutan Tebal dan gelap gelita.

Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 sekilogram. wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi bodoh macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul 1 kelibat manusia. Muka kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang memcecah ke bumi di pacar
cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.

Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita sedang menangis.

Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing.

Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.

kami memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut .hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.
sekian terima kasih..

Etika Untuk GENTLEMAN

Baca ni untuk Lelaki...

BUDI BAHASA AMALAN KITA

Jika anda tidak sukakan seseorang,tidak perlu menunjukkan perasaan itu.bersikap rasional dan belajar untuk menjadi lebih baik daripada orang yang tidak anda gemari itu


SUMPAHAN YANG MENYAKITKAN

Menyumpah adalah sesuatu yang negetif,anda perlu berhati2 mengeluarkan kata,lebih2 lagi yang boleh menyakitkan hati orang

DIHORMATI

Jika anda ingin dihormati anda mesti menghormati orang lain

KAWAL NADA SUARA

Suara yang tinggi seperti menengking akan menggangu dan memberi kesan kepada orang di persekitaran.teman2 pasti terganggu dan tidak selesa berbicara dengan anda.

KAWAL MARAH
Selalunya orang yang menunjukkan sifat marah bukannya orang yang dipandang hebat dan berani,tetapi lebih menonjolkan sifat kurang bijak pada diri mereka sendiri

JANGAN MENYAMPUK
Biarkan teman anda berbicara sehingga habis sebelum anda meluahkan isi hati yang terbuku. Menyampuk menandakan anda orang yang tidak beretika dan tidak bijak

JANGAN MEMANDANG RENDAH
Kesalahan orang lain adalah pengajaran kepada diri sendiri,jadi jangan mentertawakan mereka.

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts