Gadis Menari Ramai-ramai sebab protes







Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam.

Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep.

Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Post semalam.

Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam.

Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini.

Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts