Pada suatu hari ada seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lamalah sudah ia bertelur, dan setelah selesai, ada tujuh biji kesemuanya. Tidak ada yang mengganggunya sejak mula ia bertelur hingga kini mulai mengeram. Hanya beberapa hari dia mengeram, maka telurnya mula menetas.
Pada masa itu ada seekor musang yang sedang lapar sebab sudah lama tidak mendapat makanan. Musang itu berjalanjalan mencari makanan, tetapi tidak ada apa-apa yang dijumpainya. Tiba-tiba dia ternampak tempat ayam itu bertelur di dalam rimbunan lalang. Berkatalah Si Musang, "Eh, biarlah saya pergi melihat kalau ada apa-apa di situ." Si Musang berjalan, dan apabila dia sampai di rimbunan lalang itu, dia nampak ada seekor ayam masih mengeram, sebab baru tiga biji telurnya sudah menetas. Si Musang pun berkata, "Hai, engkau ada di sini pula. Berapakah telurmu?"
Jawap Si Ayam, "Ada tujuh biji sahaja, tetapi janganlah makan saya dahulu, sebab telurku belum habis menetas. Nanti engkau tidak akan kenyang."
Jadi Si Musang pun bertanya, "Kalau begitu bilakah habis menetas kesemua telurmu itu?"
Si Ayam berkata, "Lama lagi sebab baru satu sahaja yang sudah menetas sekarang, "pada hal tigalah telurnya sudah menetas. "Tunggulah enam hari, pada hari yang ketujuh, datanglah lagi ke sini, tentu semuanya akan menetas," sambung Si Ayam.
"Baiklah," kata Si Musang. Si Musang betul-betul mahu makan sebab dia sudah lapar. Semenjak enam hari itu dia berjalanjalan mencari makanan. Tiap-tiap hari dia pergi memeriksa Si Ayam. Pada hari yang kelima, semua telur itu sudah menetas. Tapi Si Ayam belum meninggalkan tempatnya sebab anak-anaknya belum pandai berjalan. Si Musang pula mengira hari yang dia harus balik ke tempat itu sebab dia akan pergi makan ayam itu. Kini ada satu hari lagi. Pada hari itu, Si Ayam pergi mengambil duri untuk diletak di tempat mengeram, dan hari itu juga ia pergi bersama-sama anak-anaknya, lari pulang kepada empunya.
Hari yang ketujuh pun sampai, dan Si Musang pun datang. Sangka Si Musang ayam itu masih berada di sana. Apabila dia sudah sampai di tempat Si Ayam bertelur, dengan pantas dia melompat ke bekas sarang Si Ayam. Wah! Apa lagi seluruh badannya habis terkena duri. Dia tidak dapat makan ayam. Akhirnya Si Musang mati sebab tercucuk duri.
Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 20-21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimb...
0 comments:
Post a Comment