Speed Adsense

Antara Pembayaran yang mahal untuk Pay Per Lead,
Jangan Lepaskan peluang ini, Daftar dan mulakan affiliate anda.



Rm 1.00 per lead.

Daftar Sekarang

Dulu pernah ada pay per lead RM 5.00 , dilancarkan selama 2 hari sahaja.
Murah hati sungguh diorang ni. hehehe

Diaorg ada cara diorang sendiri untuk berniaga, kite sekadar membantu dan mencuri peluang.


Walaupun ditulis TAWARAN DI TUTUP, anda masih boleh mendaftar, Ianya sehingga 5 september 2009, jangan lambat

Final Destination 2009

Banduan Terlepas

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjaraka nselama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu,jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita.

Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”
Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga

Gempak.org

Lawak Suami Isteri

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali seminggu shj. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Gempak.org

H1N1-Baca Ini

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda
dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000
dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan
jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul
akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan
Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di
sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya
sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu
alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1.. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan
SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan
dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari
babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya.
kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh
babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini.
Soalannya dari mana ia datang?

2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya
ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari
mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah
ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu,
penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit
juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3.. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh
mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan
sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini
tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi
kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu
pergi?

4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit
ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya
lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA,
jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin
untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5.. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini
digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang
pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja
penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai
kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA
MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI
YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa
dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat
ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang
disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri
ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada
kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah
satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian
saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT
lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir
bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini.
Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA
untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan
kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak
mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya
jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan
BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh
bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar
RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1
disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga
terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan
Doktor ketika saya berbual tadi.

1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin
(kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena
bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia
akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,
kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala 5.. Kalau
bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat
bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari
kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing
memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih
dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah
salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,
hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah 2.. perbanyakan
penggunaan bawang putih dalam masakan 3.. Ambil tablet atau kapsul bawang
putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa
ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon
ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya.
Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Bacaan Untuk Memagar

Untuk melindungi diri & Rumah

Caranya :
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

Untuk memagar diri , keluarga dan harta benda.

Caranya :1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

dari http://tawaubloggers.com/

Doktor Menemui Keagungan Allah

Assalam Mu’alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera!

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam… bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”


Dari Click

Tawaran Terhebat Ramadhan

Klik Untuk Besarkan

Lawak Gunung Mak Nenek

Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul.

3 org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah.

Dari Click

Rokok Batallkan Puasa

- Asap seperti asap rokok atau bukhur wangian yang berasap adalah perkara yang membatalkan puasa jika sengaja dihidu sehingga masuk ke bahagian rongga dalaman.



- Kerana, asap rokok adalah jirim yang boleh masuk ke dalam rongga samada melalui mulut atau hidung. Dan kedua-duanya adalah liang yang membawa ke dalam rongga dalaman.

- Syaratnya ialah jika dihidu dengan hidung atau disedut dengan mulut dengan sengaja. Jika tidak sengaja, maka tidak membatalkan. rujukan: Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimeen.

Moga menjadi panduan dalam kita berpuasa
(p/s : jgn dduk dkt org mrokok, x psl2 btal pose)

dari gempak.org

Ustaz Dan Gadis


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan

Dari Syok

Mayat berpakaian wanita

KUALA LUMPUR - Mayat disangka wanita yang ditemui oleh seorang pemancing di kolam takungan banjir Jalan Air Tawar Setapak di sini kelmarin sebenarnya seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh.


Ketika ditemui pukul 3 petang kelmarin, mayat yang memakai baju T berwarna biru, memakai pakaian dalam wanita, gaun midi berwarna ungu dan berambut kerinting mencecah bahu itu pada mulanya turut disangka mati lemas.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, selepas bedah siasat, pihaknya terperanjat apabila dimaklumkan terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala dan belakang badan mangsa.


Katanya, selain itu, bedah siasat turut menemui satu kesan tikaman di perut mangsa yang disahkan menjadi punca kematiannya.


"Kita juga dimaklumkan oleh doktor yang mangsa sebenarnya seorang lelaki dan bukanlah wanita seperti yang dimaklumkan semalam (kelmarin).


"Kita percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kolam tersebut,'' katanya
di sini semalam.
Dari Kosmo

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Sabda Rasululah SAW yang bermaksud:-
“ Tidak ada perbezaan diantara orang² muslim dan munafik melainkan dengan meninggalkan sembahyang . Maka apabila seseorang meninggalkan sembahyangnya dengan ingkar kepada wajibnya maka adalah ia menjadi kafir.

”Firman Allah yang bermaksud:“
Apabila kamu beriman, maka dirikan sembahyang oleh kamu, sesungguhnya sembahyang itu adalah difardhukan ke atas tiap tiap org yang beriman dengan waktunya.”Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- “ Barang siapa yang meringan-ringankan sembahyang lima waktu yang difardhukan, dia akan disiksa oleh Allah dengan lima belas bentuk siksaan.”

-Enam siksaan di dunia
-Tiga seksaan waktu ajalnya
-Tiga seksaan di dalam kuburnya
-Tiga seksaan diwaktu berhadapan dengan Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud:“ Mereka² yang mensia²kan akan sembahyang dan mengikut hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka akan jatuh ke dalam satu lubang atau telaga daripada api neraka.”BALASAN ALLAH KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

1.Meninggalkan Sembahyang Subuh
-Dosanya dimasukkan kedalam neraka selama 30tahun akhirat (60,000 tahun dunia)2.Meninggalkan Sembahyang Zohor
-Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam
3.Meninggalkan Sembahyang Asar
-Dosanya seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah)
4.Meninggalkan Sembahyang Maghrib
-Dosanya seperti Berzina dengan ibunya sendiri
5.Meninggalkan Sembahyang Isyak
-Dosanya, Allah tidak redha orang yang meninggalkannya tinggal dibumi ini, berbumbungkan langit serta makan dan minum dengan nikmat kurniaanNya.

Shah Rukh Khan Murtad




Datuk yang menerima gelarannya dari kerajaan negeri Melaka ini difatwakan murtad!Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khank kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.



Sebelumnya Shahrukh Khan yang banyak digilai para peminat wanita ini dalam sebuah wawancara di sebuah majalah mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill."Seseorang yang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum Mazharil Islam., India.





"Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengan dibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak boleh dikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin.





Orang seperti itu harus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam," kata fatwa tersebut.Shahrukh Khan dengan tegas menolak komen yang diberikannya di majalah itu dengan menyatakan majalah tersebut tersalah tulis apa yang diucapkannya.
Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu.

Muka Di Biji Kopi



Perhati Biji Kopi ini betul2, menakjubkan bukan. Manusia kecil yang dilahirkan menyorok di dalam biji kopi.... Dia akhirnya ditangkap oleh penyelidik dan dikaji.
FBI merahsiakan hal tersebut kerana ianya misteri, budak terbabit bernama M mini tiny .
Segala yang terkandung dalam fakta di atas Betul2................. MENGARUT>>>> hehehe


Jutawan Internet Kosmestik


Berbekalkan inisiatif dan bantuan Internet, seorang ibu tunggal dari South Shields, England, Lauren Luke bakal bergelar jutawan selepas dia terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun untuk membesarkan seorang anaknya.

Namun, terima kasih kepada pengaruh Internet yang berjaya mengubah nasib wanita berusia 27 tahun itu.

Nasibnya berubah apabila dia mula menjual pelbagai jenama mekap popular di laman lelongan eBay di Internet beberapa tahun lalu.

Atas permintaan pelanggan, Luke kemudian merakamkan klip video berhubung cara-cara menggunakan produk berkenaan dan memuat naiknya ke laman perkongsian video YouTube.

Klip video itu ditonton lebih 54 juta kali.

Kejayaan itu menyebabkan Luke dihubungi oleh firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly.

Firma Anomaly kemudian bekerjasama dengan firma kosmetik Zorbit bagi mengeluarkan rangkaian mekap Luke menerusi syarikat By Lauren Luke.

Syarikat itu dimiliki bersama oleh Luke, Anomaly dan Zorbit.

Dia kini menandatangani satu perjanjian untuk menerbitkan buku dengan syarikat Hodder & Stoughton dan mencipta permainan Supermodel Makeover menerusi gajet Nintendo.

"Sukar untuk mempercayai bahawa nasib saya boleh berubah. "Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi," katanya.

Pada awal tahun ini, dia memeterai kontrak bernilai lebih sejuta dolar dengan pemilik YouTube, Google yang memberikannya hak pendapatan daripada iklan. - Agensi

Hantu dalam Tandas

Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebutsengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami.

Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study. Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.

Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut. Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit.

Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.


P/s Hantu pun pandai jaga kebersihan

ASRI RABBANI meninggal dunia

Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.




Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara ?emas? itu amat sukar dicari ganti.
"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.
Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.
Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.
"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Al fatihah buat beliau

Manusia , Malaikat , Syaitan



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ini... awal lagi nie?. zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
mmm.. sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung,
nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti
terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm.. aaahh? suruh si
X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal
lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau
tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah
sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar,
buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah
kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat... lagipun muda hanya sekali.... rugila.
.. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah
ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari
jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang
tahu... Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi
nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan
di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan
mimpilah!) untukmu...

Usul Bunga Kemuning

WALAUPUN CERITA INI PANJANG, BACA LAH SBB BYK HIKMAHNYA

Dahulu kala, ada seorang raja yang memiliki sepuluh orang puteri yang cantik-cantik. Sang raja dikenal sebagai raja yang bijaksana. Tetapi ia terlalu sibuk dengan kepemimpinannya, karena itu ia tidak mampu untuk mendidik anakanaknya. Istri sang raja sudah meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang bungsu, sehingga anak sang raja diasuh oleh inang pengasuh.

Puteri-puteri Raja menjadi manja dan nakal. Mereka hanya suka bermain di danau. Mereka tak mau belajar dan juga tak mau membantu ayah mereka. Pertengkaran sering terjadi diantara mereka. Kesepuluh puteri itu dinamai dengan nama-nama warna. Puteri Sulung bernama Puteri Jambon. Adik-adiknya dinamai Puteri Jingga, Puteri Nila, Puteri Hijau, Puteri Kelabu, Puteri Oranye, Puteri Merah Merona dan Puteri Kuning, Baju yang mereka pun berwarna sama dengan nama mereka. Dengan begitu, sang raja yang sudah tua dapat mengenali mereka dari jauh.

Meskipun kecantikan mereka hampir sama, si bungsu Puteri Kuning sedikit berbeda, Ia tak terlihat manja dan nakal. Sebaliknya ia selalu riang dan dan tersenyum ramah kepada siapapun. Ia lebih suka bebergian dengan inang pengasuh daripada dengan kakak-kakaknya. Pada suatu hari, raja hendak pergi jauh. Ia mengumpulkan semua puteri-puterinya. "Aku hendak pergi jauh dan lama. Oleh-oleh apakah yang kalian inginkan?" tanya raja. "Aku ingin perhiasan yang mahal," kata Puteri Jambon. "Aku mau kain sutra yang berkilaukilau," kata Puteri Jingga. 9 anak raja meminta hadiah yang mahal-mahal pada ayahanda mereka.

Tetapi lain halnya dengan Puteri Kuning. Ia berpikir sejenak, lalu memegang lengan ayahnya. "Ayah, aku hanya ingin ayah kembali dengan selamat," katanya. Kakakkakaknya tertawa dan mencemoohkannya. "Anakku, sungguh baik perkataanmu. Tentu saja aku akan kembali dengan selamat dan kubawakan hadiah indah buatmu," kata sang raja. Tak lama kemudian, raja pun pergi. Selama sang raja pergi, para puteri semakin nakal dan malas. Mereka sering membentak inang pengasuh dan menyuruh pelayan agar menuruti mereka. Karena sibuk menuruti permintaan para puteri yang rewel itu, pelayan tak sempat membersihkan taman istana. Puteri Kuning sangat sedih melihatnya karena taman adalah tempat kesayangan ayahnya. Tanpa ragu, Puteri Kuning mengambil sapu dan mulai membersihkan taman itu.

Daun-daun kering dirontokkannya, rumput liar dicabutnya, dan dahan-dahan pohon dipangkasnya hingga rapi. Semula inang pengasuh melarangnya, namun Puteri Kuning tetap berkeras mengerjakannya. Kakak-kakak Puteri Kuning yang melihat adiknya menyapu, tertawa keras-keras. "Lihat tampaknya kita punya pelayan baru,"kata seorang diantaranya. "Hai pelayan! Masih ada kotoran nih!" ujar seorang yang lain sambil melemparkan sampah. Taman istana yang sudah rapi, kembali acakacakan. Puteri Kuning diam saja dan menyapu sampahsampah itu. Kejadian tersebut terjadi berulang-ulang sampai Puteri Kuning kelelahan. Dalam hati ia bisa merasakan penderitaan para pelayan yang dipaksa mematuhi berbagai perintah kakak-kakaknya. "Kalian ini sungguh keterlaluan. Mestinya ayah tak perlu membawakan apa-apa untuk kalian.

Bisanya hanya mengganggu saja!" Kata Puteri Kuning dengan marah. "Sudah ah, aku bosan. Kita mandi di danau saja!" ajak Puteri Nila. Mereka meninggalkan Puteri Kuning seorang diri. Begitulah yang terjadi setiap hari, sampai ayah mereka pulang. Ketika sang raja tiba di istana, kesembilan puteri nya masih bermain di danau, sementara Puteri Kuning sedang merangkai bunga di teras istana. Mengetahui hal itu, raja menjadi sangat sedih. "Anakku yang rajin dan baik budi! Ayahmu tak mampu memberi apa-apa selain kalung batu hijau ini, bukannya warna kuning kesayanganmu!" kata sang raja. Raja memang sudah mencari-cari kalung batu kuning di berbagai negeri, namun benda itu tak pernah ditemukannya. "Sudahlah Ayah, tak mengapa. Batu hijau pun cantik! Lihat, serasi benar dengan bajuku yang berwarna kuning," kata Puteri Kuning dengan lemah lembut. "Yang penting, ayah sudah kembali. Akan kubuatkan teh hangat untuk ayah," ucapnya lagi.

Ketika Puteri Kuning sedang membuat teh, kakak-kakaknya berdatangan. Mereka ribut mencari hadiah dan saling memamerkannya. Tak ada yang ingat pada Puteri Kuning, apalagi menanyakan hadiahnya. Keesokan hari, Puteri Hijau melihat Puteri Kuning memakai kalung barunya. "Wahai adikku, bagus benar kalungmu! Seharusnya kalung itu menjadi milikku, karena aku adalah Puteri Hijau!" katanya dengan perasaan iri. Ayah memberikannya padaku, bukan kepadamu," sahut Puteri Kuning. Mendengarnya, Puteri Hijau menjadi marah. Ia segera mencari saudara-saudaranya dan menghasut mereka. "Kalung itu milikku, namun ia mengambilnya dari saku ayah. Kita harus mengajarnya berbuat baik!" kata Puteri Hijau

Mereka lalu sepakat untuk merampas kalung itu. Tak lama kemudian, Puteri Kuning muncul. Kakak-kakaknya menangkapnya dan memukul kepalanya. Tak disangka, pukulan tersebut menyebabkan Puteri Kuning meninggal. "Astaga! Kita harus menguburnya!" seru Puteri Jingga. Mereka beramai-ramai mengusung Puteri Kuning, lalu menguburnya di taman istana. Puteri Hijau ikut mengubur kalung batu hijau, karena ia tak menginginkannya lagi. Sewaktu raja mencari Puteri Kuning, tak ada yang tahu kemana puteri itu pergi. Kakakkakaknya pun diam seribu bahasa. Raja sangat marah. "Hai para pengawal! Cari dan temukanlah Puteri Kuning!" teriaknya. Tentu saja tak ada yang bisa menemukannya. Berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, tak ada yang berhasil mencarinya. Raja sangat sedih. "Aku ini ayah yang buruk," katanya." Biarlah anak-anakku kukirim ke tempat jauh untuk belajar dan mengasah budi pekerti!" Maka ia pun mengirimkan puteriputerinya untuk bersekolah di negeri yang jauh.

Raja sendiri sering termenung-menung di taman istana, sedih memikirkan Puteri Kuning yang hilang tak berbekas. Suatu hari, tumbuhlah sebuah tanaman di atas kubur Puteri Kuning. Sang raja heran melihatnya. "Tanaman apakah ini? Batangnya bagaikan jubah puteri, daunnya bulat berkilau bagai kalung batu hijau, bunganya putih kekuningan dan sangat wangi! Tanaman ini mengingatkanku pada Puteri Kuning. Baiklah, kuberi nama ia Kemuning.!" kata raja dengan senang. Sejak itulah bunga kemuning mendapatkan namanya. Bahkan, bunga- bunga kemuning bisa digunakan untuk mengharumkan rambut. Batangnya dipakai untuk membuat kotak-kotak yang indah, sedangkan kulit kayunya dibuat orang menjadi bedak. Setelah mati pun, Puteri Kuning masih memberikan kebaikan.

Hati Teman Sempurna

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.

Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Ciri Isteri soleha

Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

dari Click

Khas untuk Suami

KHas utk suami2 ehhee...
>
>"isteriku....
>
>abang ingin kahwin lagi..
>
>bukan dirimu telah ku benci..
>
>cuma hadirnya tanpa ku sedari..
>
>dia rakan abang di tempat kerja..
>
>selalu sangat abang bersama..
>
>dah tugas bukan sengaja..
>
>abang takut syaitan menggoda..
>
>
>
>memang abang akui dia cantik..
>
>lenggok jalannya buat hati berdetik..
>
>dia juga dari golongan baik-baik..
>
>beradab bersopan juga cerdik..
>
>dia tak pernah cuba menggoda..
>
>cuma abang nie per! asan saje..
>
>bila bekerja berbincang bersama..
>
>ntah kepala nie dah melayang ke mana..
>
> mungkin dia tak rasa apa-apa..
>
>
>
>bukan sayang sudah abang jemu..
>
>sayang masih lagi cantik seperti dulu..
>
>namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
>
>layanan sayang itu yang buat tak jemu..
>
>cuma di office sayang tak ada..
>
>boring dan jemu datanglah juga..
>
>tak ada sapa nak ajak berbicara..
>
>itu sebab abang call hampir setiap masa..
>
>nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
>
>dirumah sibuk nak uruskan anak pula..
>
>
>
>abang akui lengkap sudah dirimu..
>
>cuma abangkan berhak kawin dua..
>
>bahkan empat pun tak apa..
>
>sebab itu ketentuan yang Esa..
>
>DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
>
>lelaki memang sukar mengawal gelora..
>
>itu dikurniakan akal sembilan..
>
>buat melawan nafsu godaan..
>
>namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan.
>
> sembilan tentera
>
>terlalu mudah
>
>dikalahkan..
>
>lain perempuan nafsunya sembilan..
>
>tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
>
>akalnya pula berpangkat sarjan..
>
>
>
>Duhai isteriku...
>
>maafkan abang mencari selainmu..
>
>ini demi menghalang maksiat berlaku..
>
>sebelum terlanjur godaan nafsu..
>
>kan lebih baik dihalalkan dulu..
>
>abang berjanji seadil yang mampu.."
>
>"Pah butang baju abang mana Pah"....
>
>
>
>
>


>ni jawapannya, dari bini dia plak..
>
>p/s: ada jugak orang yg kreatif camni yee...
>
>"Aduhai abang .........
>
>makin ku sayang
>
>makin kuat kau melayang
>
>abang ingin menikah lagi...
>
>menikah lah bang, saya tak kecik ati
>
>bagus juga kalau b! egitu
>
>tak pening kepala, asyik layan abang selalu
>
>Lagipun bang, Pah tak kuasa nak cemburu
>
>
>
>Pergilah abang sayang, Pah rela di madu
>
>Pah tahu abang mampu menikah 2, 3
>
>Malah 4 sekalipun abang berkuasa
>
>Pah pikir balik apa yang abang kata
>
>Yelah... takut nanti syaitan datang menggoda
>
>Nafsu pula tak tertahan adanya
>
>Tambahan sidia yang abang gila
>
>Boleh tahan keSEKSIannya...
>
>
>
>Tapi abang jangan sesekali lupa
>
>Pah juga masih POWER...
>
>Meskipun Pah dah beranak Lima
>
>BODY Pah masih bergetah juga
>
>Abang sendiri mengaku, layanan Pah kelassss no 1, itu sumer
>
>gara-gara penangan jamu
>
>
>
>Abang pandai cari alasan
>
>Bila di opis jemu & bosan
>
>Tak de Pah disisi untuk melayan
>
>Dulu waktu Pah kerja, abang tak beri
>
>Konon-konon tak suka org lain nengok Pah seksi
>
>Alasannya abang asyik sakit ati
>
>Meskipun waktu itu, Pah abang punya SECRETARY
>
>
>
>Bang, bila rancangan abang nak menikah ! lagi?
>
>Jangan lupa ingatkan Pah tarikhnya nanti!
>
>Untuk pengetahuan abang sayang,
>
>Sebelum abang berbini baru
>
>Pah dah siapkan list untuk abg GO THROUGH
>
>Ini bukannya apa, hanya persiapan kecil untuk Pah & anak-anak
>
>yang mana perlu
>
>
>
>Bang, jangan lupa nafkah anak-anak sorang seribu
>
>Alah, untuk anak-anak kan abang mampu
>
>Pastu kereta Pah, rasanya perlu di tukar baru
>
>At least Merce 3 series, baru kelas gitu
>
>Rumah juga Pah rasa perlu pindah
>
>Pah nak tinggal di Rumah Banglo yang punya 8 bilik dan taman
>
>yang indah
>
>Dan abang sayang, Elaun untuk Pah juga perlu,
>
>Pah rasa RM 5 ribu, lagipun abang mampu
>
>Bukannya apa, duit tu perlu untuk set rambut, mandi lulur,
>
>facial dan penjagaan BODY,
>
>Nanti bolehlah Pah saing dengan bini muda abang sekali
>
>
>
>Bang, oh abang sayang
>
> kemana sudah fikiran abang melayang
>
>Ini hanya sebahagian permintaan Pah
>
>Abang pulak jangan cepat melatah
>
>Lagipun abang juga nanti yang dapat nama
>
>Orang k! ata, sayang bini juga rupanya dia
>
>Lebih-lebih lagi si - bini TUA
>
>Bak kata pepatah : SUSAH SENANG KITA BERSAMA
>
>
>
>Bang, Pah lupa kat mana butang baju Melayu di simpan
>
>Takpelah, nanti butang yang bertakhta intan Pah carikan
>
>Barulah cantik dipakai berkilau-kilauan
>
>Berlip-lap-lip-lap di hari pernikahan
>
>
>
>Bang, Pah nak beritahu sesuatu
>
>Supaya abang ingat pada Pah selalu
>
>Pah cinta dan sayang abang sampai akhir hayat
>
>Sumpah bang, Pah bukan nak ayat!
>
>Percayalah pada Pah bang, cinta Pah cinta sejati
>
>Abang pun pernah berjanji
>
>Abang kata nak bahagiakan Pah sampai mati
>
>Jadi Pah fikir lagi, sumer tuntutan Pah dari abang REASONABLE
>
>Dan Pah meminta secara HUMBLE
>
>So, bang.... jangan lupa yea
>
>Tunaikan dulu segala-galanya
>
>Sebelum hajat abang berbini baru terlaksana..."
>
>I Luv U Abang,

Ngeri Sangat

Budak2 yang takut ngeri2 ni jangan scroll bawah ok...






KITARAN SECARA SAINS METAFIZIK

Selama ini masyarakat mengetahui bahawa tarikh lahir digunakan untuk mengkaji potensi seseorang,tetapi kajian tarikh boleh juga digunakan untuk mengkaji potensi sesuatu kejadian pada suatu hari.

Kejadian 11 september adalah satu tragedi yang tepat menjelaskan bagaimana kehidupan kita melalui fasa kitaran.seperti kitaran bulan dan wanita,begitu juga kehidupan kita yang melalui kitaran.

Kitaran 60 tahun

Kejadian 11 september 2001 apabila sebuah bandar di tepi laut telah diserang oleh kapal terbang.

Kejadian 11 september ialah satu kitaran 60 tahun,iaitu peristiwa yang berlaku pada 1941.

Pada 1941,sebuah bandar di tepi laut talah diserang oleh kapal terbang iaitu di pearl harbour.

Kedua kejadian ini menyebabkan era penjajahan berlaku.

Ahli perniagaan turut menggunakan proses kitaran untuk memajukan perniagaan.sebagai contoh,

  • Pada hari perayaan,ramai akan menjual kuih,baju baru dll
  • Pada hari persekolahan,baju sekolah banyak dijual
  • Pada hari raya korban,binatang korban dijadikan jualan

Akan tetapi,janganlah kita jadikan kitaran sebagai ramalan tilik nasib,jadikanlah ilmu ini sebagai sains dan seni untuk peningkatan diri.


dari EDDY ROSYADIE MOHD SAMSURY

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts