LAKARAN artis menunjukkan beberapa ekor gajah purba
Pasukan saintis Rusia dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersama semalam
untuk mewujudkan semula gajah purba yang dikenali sebagai mammoth.
Gajah itu hidup sekitar 10,000 tahun dahulu.
Perjanjian bersama itu ditandatangani Timbalan Rektor Universiti Persekutuan Timur Laut Republik Sakha, Vasily Vasiliev dan pelopor teknologi pengklonan Korea Selatan, , Hwang Woo-Suk daripada Yayasan Penyelidikan Bioteknologi Sooam.
Saintis-saintis sel stem kini berminat untuk menghidupkan semula gajah tersebut selepas beberapa bangkai mamalia berkenaan ditemui di Siberia.
Mengulas mengenai projek tersebut, pihak yayasan itu menyatakan, ia akan bermula pada tahun ini jika Universiti Rusia itu dapat menghantar bangkai gajah tersebut.
Institut Genom Beijing turut terlibat dalam projek itu.
"Misi pertama dan paling sukar adalah untuk memulihkan sel-sel gajah itu," kata seorang penyelidik yayasan tersebut, Hwang In-Sung.
Rakan-rakan sekerjanya akan menyertai beberapa saintis Rusia untuk cuba menemui tisu gajah itu dengan gen yang masih baik.
Para saintis itu akan menggantikan nukleus sel telur gajah biasa dengan sel gajah purba tersebut.
Kaedah itu akan dapat menghasilkan embrio gajah purba.
Embrio itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim gajah betina sebelum dilahirkan sebagai anak gajah tersebut.

0 comments:
Post a Comment