‘Hanya Malaysia beri bantuan wang tunai’

: “Setahu saya, hanya kerajaan Malaysia yang memberi bantuan wang tunai kepada rakyat, kerajaan negara lain tak ada yang bermurah hati seperti ini, bagi saya ini satu pendekatan yang baik untuk membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah,” kata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Shahinoorazi Ahmad, 30.

Beliau berkata bantuan seperti ini tidak sepatutnya diberi secara bermusim setiap tahun, dan bukannya apabila semakin hampir dengan pilihan raya.


Penjawat awam itu berkata, bantuan tidak semestinya berjumlah RM500 seperti yang diberi ketika ini, kerana walaupun jumlah rendah ia sudah memadai kerana rakyat dapat melihat keprihatin kerajaan membantu rakyat.

“Sebelum ini rakyat hanya tahu kerajaan membantu rakyat melalui pemberian subsidi, tetapi dengan pemberian tunai, saya percaya rakyat akan lebih menghargai jasa kerajaan.


“Kami sebagai rakyat pun tahu kerajaan mempunyai kekangan kewangan juga, tetapi sekiranya kerajaan mampu, tidak salah sekiranya ia dijadikan pemberian tahunan walaupun jumlahnya lebih rendah,”katanya ketika ditemui selepas menerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini, semalam.


Seramai 1,600 penduduk sekitar Putrajaya menerima baucar berkenaan yang diserahkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts