Selepas hubungan yang terjalin selama 12 tahun gagal, seorang lelaki bertindak
melepaskan tembakan ke arah teman baru bekas kekasihnya dalam satu kejadian di
Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah
Serdang, Supt Abd Razak Elias berkata dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa
berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit sedang menunggu
teman wanitanya berusia 24 tahun di hadapan rumah.
"Ketika mangsa sedang
menunggu, salah seorang daripada tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis
Honda Civic keluar dari kenderaan terbabit lalu melepaskan tembakan menggunakan
pistol angin ke arah mangsa.
"Tembakan itu mengakibatkan cermin hadapan
sebelah kiri kereta mangsa pecah, bagaimanapun tembakan tidak mengenai mangsa,"
katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata suspek
kemudian mengambil kayu pemukul besbol sebelum menuju ke arah mangsa untuk
memukulnya namun tidak sempat kerana ditahan anggota polis yang sedang
meronda.
Suspek yang berusia 25 tahun dan dua rakannya yang masing-masing
berusia 21 dan 25 tahun ditahan di lokasi kejadian, katanya.
"Hasil
pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki suspek, polis menemui sepucuk pistol
bebola besi bersama satu kelopak peluru bearing di tempat duduk penumpang
hadapan kereta.
"Polis turut merampas satu plastik lutsinar yang mengandungi
12 biji bebola besi di dalam laci kereta serta sebatang kayu besbol daripada
suspek," kata Ab Razak.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati cemburu
dan rasa tidak puas hati sebagai motif kejadian.
"Hubungan cinta suspek
dengan bekas teman wanitanya baru saja terputus kira-kira dua bulan yang lepas
sebelum wanita terbabit menemui teman lelaki yang baru dan menjalinkan hubungan
cinta," katanya.
Razak berkata tiga lelaki terbabit tidak mempunyai rekod
jenayah lampau namun ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi
membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana
cubaan membunuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah c...
0 comments:
Post a Comment