Main gigit lidah sampai putus
“Saya terkejut mendapati lidah Awang terkulai dan hampir putus. Dia hanya
menangis dan tidak boleh berkata-kata manakala darah mengalir,” kata Noor
Fadzilah Daud, 40, ibu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Awang Hadri Awang
Sebawi ketika ditemui di rumahnya di Taman Bestari Indah, di sini,
semalam.
Menurutnya, anak lelakinya itu hampir putus lidah selepas
dagunya tersepit di celah papan jongkang-jongkit ketika bermain bersama rakan di
sebuah taman permainan lama di Desa Rahmat, Ahad lalu.
Katanya, dalam
kejadian jam 11 pagi itu, Awang tersepit di celah papan permainan itu selepas
seorang rakan terpijak jongkang-jongkit itu.
“Papan itu terkena dagu
Awang sebelum lidahnya tergigit hingga hampir putus,”
katanya.
Menurutnya, anaknya menerima 20 jahitan di lidah dan bawah
bibir selepas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.
“Ketika
kejadian, saya tidak menyedari dia pergi ke taman permainan lama itu bersama
adiknya berusia lima tahun serta beberapa rakan.
“Saya terkejut apabila
dia pulang sambil menangis manakala mulutnya berdarah dan pada masa sama
lidahnya terkulai,” katanya.
Noor Fadzilah berkata, dia menghubungi
suami, Awang Sebawi Awang Halil, 48, yang ketika itu bekerja memaklumkan
kejadian.
Menurutnya, selepas tiga hari kejadian, anak kedua daripada
empat beradik itu
mehttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lidahbudakhampirputus/Article/index_htmlngalami
kesukaran mengunyah makanan keras selain sukar bercakap.
“Ketika ini,
dia hanya menelan bubur tanpa mengunyah manakala untuk minum terpaksa dititiskan
air menggunakan penyedut minuman ke mulutnya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah c...
0 comments:
Post a Comment