‘Apa dosa saya’

“Apa salah dan dosa saya, hanya disebabkan mengusulkan permintaan cermin kereta gelap kepada menteri, saya menerima banyak ugutan termasuklah mahu dirompak dan dibunuh.

“Saya bimbang keselamatan diri dan isteri yang kini mengandung lima bulan,” kata pelakon dan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32.

Itu nasib diterima Zed Zaidi selepas dia yang mewakili Seniman mengusulkan tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Festival Barisan Nasional (BN) Youth Music 2011 di The Curve, Petaling Jaya, 4 Mac lalu.

Ketiga-tiga usul dipohon adalah peruntukan kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis namun bagi kes cermin kereta, Zed Zaidi menerima tamparan hebat sejurus dikritik, dimaki hamun selain menerima ugutan rompak dan bunuh oleh pihak tidak berpuas hati dengannya.


“Saya menerima banyak ugutan di facebook, twitter, blog, forum Internet, e-mel, panggilan dan mesej yang mahu membunuh dan merompak saya.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts