Bernafsu binatang dan berhati syaitan. Begitulah perumpamaan untuk seorang
lelaki yang sanggup meratah anak rakan berusia 13 tahun selepas memberikan
sebotol air mineral dipercayai dimasuk pil khayal sebelum merogolnya dalam semak
berdekatan kediamannya di Bekenu, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian
berlaku jam 9 malam, apabila mangsa yang juga pelajar dipercayai dalam keadaan
separuh sedar sebaik meminum air diberikan sebelum diusung ke kawasan semak dan
dirogol.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika ketiadaan ibu bapa
mangsa kerana keluar bekerja dengan suspek mengambil kesempatan berkunjung ke
rumah mangsa dengan alasan mahu bertemu bapanya.
Menurut sumber, mangsa
tidak menaruh syak wasangka mempelawa suspek memasuki rumah sementara menunggu
ibu bapanya pulang.
Katanya, ketika itu, suspek dikatakan memberi
sebotol air mineral yang diletakkan pil khayal menyebabkan mangsa
pening.
“Melihat keadaan mangsa ketika itu, suspek mengusungnya ke
dalam semak berdekatan rumah lalu merogolnya. Dalam keadaan separuh sedar,
mangsa cuba melawan, namun tidak terdaya sebaliknya suspek terus melakukan
perbuatan durjana itu.
“Sebaik selesai meratah, mangsa dibiarkan dalam
semak sebelum suspek beredar. Mangsa yang masih trauma memaklumkan kejadian
kepada keluarganya,” katanya.
Kata sumber lagi, susulan itu, keluarga
mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Bintulu sebelum kes berkenaan
dirujuk ke Balai Polis Pusat Mir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri,
Asisten Komisioner Mun Kock Keong, ketika dihubungi mengesahkan laporan
kejadian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah c...
0 comments:
Post a Comment