perkahwinan fasha sandha dan jejai

Kisah percintaan antara aktres terkenal Fasha Sandha dan Jejai bukanlah satu rahsia di kalangan peminat mahupun media massa. Tidak dinafikan, ramai yang ternanti-nanti apakah kesudahan kisah mereka yang seringkali dilanda onak duri sebelum ini.
Namun kini Fasha mampu menghela nafas lega apabila dia dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli bakal berkahwin tahun ini.
Menurut laporan Harian Metro, walaupun pernah putus di tengah jalan sekitar pertengahan tahun lalu, Fasha yakin dengan hubungannya kini selepas keluarga pihak lelaki dikatakan sudah datang merisik.
"Alhamdulillah saya terima lamarannya. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami akan berkahwin tahun ini."
Aktres berusia 27 tahun ini turut memberitahu segala persiapan perkahwinan sedang dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara yang masih belum berlaku.
"Bukan niat untuk berahsia atau sengaja main tarik tali, tetapi saya enggan terus-terusan salah percaturan yang akhirnya mengundang kecewa kepada diri sendiri.
"Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan sebelum ini sebaliknya apa yang disebarkan hanyalah satu spekulasi," ujar aktres cantik ini lagi.
Fasha mengesahkan berita gembira ini selepas gambarnya dan Jejai menghadiri kursus perkahwinan tersebar di internet.
"Memang kami menghadiri kursus perkahwinan tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ia merupakan satu pengalaman baru buat saya. Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai seorang selebriti membuatkan saya tidak boleh. Namun perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi," jelas Fasha lagi.
Buat masa ini Fasha dan Jejai masih merahsikan tarikh dan lokasi perkahwinan mereka selagi belum tiba masa yang sesuai untuk diumumkan.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts