Gambar Pian Cecupak - Cabar Blogger

Pelakon komedi, Pian Cecupak atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, membuat laporan polis terhadap dua pengendali blog hiburan yang didakwa memfitnah kononnya dia masih menggunakan kolagen dan dua anaknya malu menerima dia sebagai bapa.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 6.30 petang, kelmarin.


Pian yang ditemui semalam berkata, dia percaya fitnah itu disebabkan pembabitannya semula dalam dunia lakonan apabila menjayakan program Lawak Minggu Ini episod kelima bersama Apek dan Yassin yang disiarkan di saluran Astro, 2 September lalu.

Pian sebelum ini secara terbuka mengakui menggunakan suntikan kolagen, namun selepas berdepan beberapa kesukaran dia mengeluarkan kenyataan mahu menghentikan amalan itu serta berjanji tidak mengulanginya.


“Dalam program Lawak Minggu Ini, saya berlakon sebagai pondan dan menghias muka dengan solekan tebal. Mungkin sebab itu ada yang menuduh saya kembali menggunakan suntikan kolagen.


“Demi Allah, saya tidak mengenakan kolagen lagi. Saya sudah berubah 100 peratus dan tolong jangan kaitkan saya dengan suntikan itu kerana saya berusaha membuang kolagen daripada muka,” katanya.

Pian berkata, dia berubah demi dua anak, Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12.


“Saya menafikan dakwaan pemilik dua blog itu kononnya saya menggunakan kolagen, malah fitnah anak malu menerima saya sebagai bapa tidak benar,” katanya.

Menurutnya, dia pernah melakukan kesilapan sebelum ini, namun berharap orang ramai tidak membuat andaian melulu dan menghina kerana sudah insaf.


Katanya, maruahnya tercemar apabila dia dikritik hebat di laman facebook miliknya dan blog berkenaan serta kesal apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd Salim Alias, 38, turut difitnah.


Katanya, gambar disiarkan di blog itu diambil lima tahun lalu, malah pemilik blog berkenaan tidak meminta kebenaran untuk menyiarkannya. Pian yang kini mendapat rawatan membuang kolagen daripada dua doktor pakar di sebuah pusat kecantikan di Melawati, Ampang mencabar individu membawanya ke hospital memeriksa sama ada masih menggunakan kolagen atau tidak.

Buku teks Burukkan islam

Hasil kajian di lima negara terhadap buku-buku sekolah di Eropah menunjukkan ia mengandungi gambaran yang mencemarkan nama baik Islam dengan menggunakan stereotaip yang mencetuskan kesangsian terhadap Islam dan penganutnya.

Seorang daripada penyelidik institut buku teks Jerman, Georg Eckert yang menganalisis 27 buku yang digunakan di sekolah-sekolah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman, menyifatkan pandangan negatif tersebut sebagai 'perkauman budaya'.

Laporan yang dibentangkan di pejabat Kementerian Luar di Berlin itu merupakan antara yang pertama diterbitkan di Eropah.

"Islam sering digambarkan sebagai agama yang ketinggalan dan tidak berubah sejak ia disebarkan," kata pengarah projek institut berkenaan, Susan Krohnert-Othman.

Dalam pada itu, kumpulan pengkaji turut menyimpulkan Islam kerap digambarkan sebagai sebuah entiti bangsa yang seragam tanpa mencerminkan sebarang kepelbagaian di dalam semua aspek di dunia.

Laporan itu bagaimanapun tidak menemui perbezaan utama antara lima negara yang dikaji.

Buku-buku teks yang digunakan di peringkat sekolah menengah pula memaparkan Islam merupakan agama yang kuno dan menentang pemodenan Eropah serta bersifat bercanggah antara satu sama lain.

Melalui pendedahan sedemikian, sikap fobia terhadap Islam di kalangan pelajar sukar ditangkis.

Para pengkaji menyeru pihak sekolah untuk membentangkan maklumat mengenai reformasi yang diperjuangkan oleh ulama dan intelektual Islam serta proses pemodenan dalam agama.

"Penganut Islam tidak lagi boleh disifatkan sebagai kumpulan asing yang terdiri daripada pendatang bukan Eropah yang secara tradisinya menghalang integrasi," ujar kumpulan tersebut. - AFP

Gambar kahwin Azad Jazmin Eira Syazira

Eira Syazira, 27 tahun dan Azad Jazmin, 35 tahun selamat diijabkabulkan sekitar jam 9 malam tadi dengan sekali lafaz saja. Tema majlis nikah mereka malam ni ialah cermin dan kristal, warna merah putih dan silver.





Sambutan Merdeka ke-54 dan Hari Malaysia ke-48

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Meskipun tanpa acara rasmi di Dataran Merdeka yang biasa dilakukan saban tahun sebelum ini, sambutan Ambang Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 malam Khamis tetap meriah, hasil usaha pihak swasta dan persendirian di beberapa lokasi di ibu negara.

Hujan tidak sedikitpun membataskan keterujaan orang ramai yang berhimpun seawal 8 malam untuk berkongsi kemeriahan sambutan dua hari bersejarah negara yang julung kali disambut serentak itu.

Suasana di sekitar Taman KLCC tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang termasuk pelancong asing sejak 5 petang lagi.

Malam ini, hadirin disajikan persembahan kebudayaan oleh Petronas Performing Arts Group, dan sambutan tiga hari bermula hari ini akan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti konsert bagi memperingati hari bersejarah itu.

Seperti biasa juga, kiraan mengundur turut diadakan, yang disusuli percikan bunga api pelbagai warna menghiasi langit Kuala Lumpur. Di KOTA DAMANSARA, Encorp Berhad menganjurkan acara sejak 8.30 malam dengan persembahan konsert dan perarakan jalanan yang menggabungkan pasukan pancaragam empat sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, SMK Damansara Jaya, SMK Seri Garing, dan SMK St John.

Detik 12 tengah malam disambut dengan kiraan mengundur dan disusuli pertunjukan bunga api.

Kira-kira 2,000 pengunjung memeriahkan sambutan yang diadakan di Encorp Strand itu.

Di GENTING HIGHLANDS, pengunjung disajikan persembahan perkusi tangan, silap mata, pancaragam dan artis popular tanah air yang menyanyikan lagu patriotik seawal 7.30 malam di Merdeka Stage, Genting Outdoor Theme Park.

Tepat 12 tengah malam, acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku dan Satu Malaysia oleh kira-kira 5,000 pengunjung.

Pertunjukan bunga api turut menyerikan langit taman tema itu selama kira-kira 10 minit, yang disemarakkan dengan laungan kemerdekaan dan 1Malaysia.

Koleksi Gambar bogel Scarlett Johansson

Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar)*terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis."FBI kini sedang menyiasat individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dalam penggodaman komputer melibatkan golongan berprofil tinggi," kata pegawai FBI di Los Angeles, Laura Eimiller.Antara gambar-gambar Johansson yang disiarkan dalam laman web tersebut menunjukkan bintang itu berada dalam keadaan separuh bogel di rumahnya, di dalam tandas dan juga di atas katil.Begitu juga dengan gambar Timberlake yang tidak berpakaian di atas katil manakala Kunis berada di dalam kolam mandi.Jurucakap FBI bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam Internet




Jiwa Dan Lara Samarinda TV3

Rancangan Tv3 Terbaru menanti para penonton iaitu Jiwa dan Lara menanti pada 13 September ini. Pelakon yang sedang hangat Iaitu aaron aziz sebagai hero dan heroinnya ialah Neelofa.




Drama ini mempunyai 26 episod yang diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah (Bakal suami Faezah Elai)


Sama-sama kita nantikan siaran drama ini bermula 13 september ini setiap pukul 10.30 malam selasa hingga khamis.

Koleksi Gambar Kahwin Faezah Elai Dan Heykal Hanafiah




Tips Berjauhan Selepas Berkahwin


Alam perkahwinan tersangatlah indah bagi setiap pasangan yang baru memijak kaki ke gerbangnya. Hingga disama ertikan seperti kehidupan di dalam syurga. Hidup bersama dengan insan yang mencintai dan dicintai antara satu sama lain, merupakan nikmat kehidupan dari Allah yang sangat terindah.

Namun perkahwinan bukan lah mempunyai panorama yang indah belaka sahaja. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Salah satunya cabaran kepada pasangan yang terpaksa hidup berjauhan walaupun selepas berkahwin yang disebabkan oleh faktor tempat berkerja, meneruskan pengajian, kesihatan dan banyak lagi. 

Di sini ingin dikongsi bersama tips-tips bagaimana untuk menjalani kehidupan bagi pasangan yang terpaksa berjauhan selepas berkahwin. InsyaAllah, moga ianya dapat membantu kepada pasangan yang bergelar isteri.

1. Isteri yang pulang seminggu sekali hendaklah menguruskan semua kerja rumah yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri sewaktu pulang ke rumah suami. Membasuh semua baju kotor, menyidai, melipat semua kain dan tidak lupa juga untuk meng'iron' semua baju dan siap disangkut di dalam almari supaya suami mudah mengambilnya.

2. Isteri tidak dapat memasak sepanjang tiada di rumah. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja baru isteri boleh memasak. Jadi isteri perlu menyiang ikan/daging/ayam, mengupas bawang dan memotong sayur. Lalu dimasukkan ke dalam bekal kedap udara, kemudian disimpankan ke dalam peti sejuk. Cara ini dapat memudahkan suami untuk memasak tanpa membuang masa dan menjimatkan tenaganya yang sudah letih seharian di pejabat.

3. Sentiasa meng'update' jadual/kalendar harian/bulanan dengan suami supaya mudah menguruskan masa balik/kembali ke rumah suami.

4. Pada sebelah pagi(sebelum pergi kerja), tengah hari(masa rehat), petang(pulang kerja) dan malam(sebelum tidur), sentiasalah menghantar mesej/call/MMS kepada suami supaya rasa lebih dekat dan tidak rasa bersendirian walau pun hidup berjauhan.

5. Apabila ingin melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran/solat sunat/dengar ceramah di tv/radio, ajaklah pasangan sekali turut serta. Walau berjauhan, tetapi sekiranya dalam masa yang sama pasangan melakukan perkara yang sama, ianya dapat menerbitkan rasa dekat dan berkongsi antara satu sama lain.

6. Sewaktu pulang ke rumah suami, sesekali keluarlah bersama-sama seperti beriadah di waktu pagi/petang di taman, membaca bersama di kedai buku, membeli belah, menonton wayang ataupun melayari internet di kafe sambil menghirup kopi panas bersama. Dengan itu mewujudkan sifat mesra dan kegembiraan antara pasangan dan menjadikan pasangan semakin intim.

7. Sesekali balik ke rumah suami tanpa pengetahuannya. Kejutan ini mesti memberi terapi buat pasangan yang kebetulan sedang stress baru pulang dari pejabat. Wajah isteri kan penawar segala kegusaran buat suaminya.

8. Andai sibuk dengan urusan di pejabat/kuliah, ambil waktu untuk menulis email yang berbaur cinta dan ayat-ayat romantis untuk pasangan. Curahkan segala rasa kasih dan sayang di hati. Beritahu padanya betapa dia sangat berharga di dalam hidup. Dan jangan lupa selitkan kata-kata semangat/sokongan buat pasangan. Hantar ke email pejabatnya. Lihat sejauh mana, dia akan bertambah mengingati isterinya.

9. Adakalanya kejutkan pasangan dengan mengirim hadiah bukan sahaja pada tarikh istimewa tetapi pada hari-hari lain. Buktikan pada pasangan yang dia begitu istimewa dalam hidup.

10. Apabila sudah ada di samping suami, solat lah secara berjemaah bersama. Kekuatan rohani sangat penting bagi sesebuah rumahtangga. Ajaklah suami membaca al-Quran bersama atau berdiskusi secara ilmiah mengenai pendidikan agama selepas solat jemaah. Cari topik-topik yang dapat memberi input yang bagus. Di samping dapat menambah pengetahuan tentang ilmu agama, suami juga boleh memberi tazkirah kepada isteri juga kepada bakal anak-anak nanti.

11. Akhir sekali, doa seorang isteri sangat mustajab. Berdoalah supaya hubungan bersama suami diberkati, dilindungi oleh Allah senantiasa. Berdoalah supaya Allah juga melindungi si suami,memelihara kesihatannya supaya boleh menjaga dan membimbing kita hingga akhir hayat. dan jangan lupa berdoa moga Allah menyatukan kita dan pasangan di akhirat sana juga. InsyaAllah..



Sumber dari Sebuah Forum Carigold

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts