7 Gambar Fenomena Alam Yang Luar Biasa
1. Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang
unik di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo.
Fenomena ini berupa awan petir yang membentuk sebuah “garis”
kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 – 160malam dalam
setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam
1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini
mempunyai intensitas 400.000 ampere dan terlihat hingga 400 km
jauhnya. Menurut kajian, petir ini terjadi kerana tiupan angin
yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan
sebagai navigasi oleh para pelaut.
2. The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita
Rakyat Honduras. Namun, juga terjadi secara nyata di
Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Julai. Saksi
mengatakan bahawa fenomena ini bermula dengan awan gelap di
langit, diikuti dengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan
lebat selama 2 – 3 jam. Setelah hujan berhenti, ratusan ikan
ditemui hidup di tanah. Orang mengambil ikan – ikan ini dan
memasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap
tahun di kota Yoro.
3. Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko.
Kambing ini memanjat pohon kerana ingin memakan buah dari Pohon
Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun.
4. Dari 25 Julai sehingga 23 September 2001, hujan merah turun di
selatan India, Negeri Kerala. Tidak hanya merah, hujan warna
kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi. Kerajaan India
menemukan bahawa hujan ini telah “diwarnai” oleh spora dari
alga, yangtersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala
pun menjadi perhatian dunia.
5. Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Mac, air Lautan
Atlantik bertumpuk di Sungai Amazon, menciptakan gelombang
ombak terpanjang di dunia. Fenomena ini disebabkan oleh arus
Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehingga
menghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang berterusan hingga
lebih dari setengah jam.
6. Atmosfera yang dikenali dengan circumhorizon arc atau Fire
Rainbow (pelangi api), akan muncul ketika matahari berada
tinggi (lebih daripada 58 darjah diatas horizon). Cahaya
matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga
menghasilkan semacam lempengan kristal segi enam dan membentuk
efek prisma. Sehingga terlihat pelangi yang berbentuk seperti
api.
7. Musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja,
lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul
dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu
kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit
menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat
disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. Dari mana datangnya cinta �� dari SMS turun ke hati �.. 2. Andai kau dapat melihat hatiku Andai saja kau dapat membaca fikiranku Be...
-
SELAMA - “Saya akan beraya bersama keluarga di Selama. Saya telah menceritakan segalanya sejarah hitam kepada kepada mak dan dia boleh terim...
-
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyam...
-
Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah sel...
-
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, Isteri : "Bang, lampu di halaman d...
-
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekelua...
-
1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun 2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita 3) dimana padang dipija...
-
Pencipta lagu puisi, Ku Cari Damai Abadi, Datuk Ibrahim Bachik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.30 pagi ini selepas koma d...
-
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah c...
0 comments:
Post a Comment