Kisah sedih si kura-kura - A.k.A kura-kura sengal


Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi..

Dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..

Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok..

Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya.

Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..

Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..

Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…

Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.

“Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts