Pengodam / Cara Hack Angry Bird

 Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.

Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.

Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.

Pencuri data dan penggodam 'menyerang' telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.

Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan 'tertutup' kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.

Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.

''Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.

''Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,'' katanya, - dpa

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts