Rogol Gadis 16 Tahun

Seorang pembantu tukang masak berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan kerana didakwa merogol seorang gadis bawah umur iaitu berusia 16 tahun di sebuah kondominium, 9 September lalu.

Ahmad Indra Ahmad Nazri, 22, dari Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9 pagi hingga 1 petang di sebuah kondominium di Jalan Desiran Tanjung di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Rosli Ismail bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa raya, Mohd Firdaus Hanipa menawarkan jaminan RM15,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diberi peluang membuat rayuan memohon agar jaminan itu dikurangkan. Ia kerana dia hanya bekerja sebagai pembantu tukang masak berpendapatan RM400 sebulan selain terpaksa menanggung ibu dan kakaknya.

Hakim Sitarun Nisa Abdullah memutuskan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts