Gambar Pian Cecupak - Cabar Blogger

Pelakon komedi, Pian Cecupak atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, membuat laporan polis terhadap dua pengendali blog hiburan yang didakwa memfitnah kononnya dia masih menggunakan kolagen dan dua anaknya malu menerima dia sebagai bapa.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 6.30 petang, kelmarin.


Pian yang ditemui semalam berkata, dia percaya fitnah itu disebabkan pembabitannya semula dalam dunia lakonan apabila menjayakan program Lawak Minggu Ini episod kelima bersama Apek dan Yassin yang disiarkan di saluran Astro, 2 September lalu.

Pian sebelum ini secara terbuka mengakui menggunakan suntikan kolagen, namun selepas berdepan beberapa kesukaran dia mengeluarkan kenyataan mahu menghentikan amalan itu serta berjanji tidak mengulanginya.


“Dalam program Lawak Minggu Ini, saya berlakon sebagai pondan dan menghias muka dengan solekan tebal. Mungkin sebab itu ada yang menuduh saya kembali menggunakan suntikan kolagen.


“Demi Allah, saya tidak mengenakan kolagen lagi. Saya sudah berubah 100 peratus dan tolong jangan kaitkan saya dengan suntikan itu kerana saya berusaha membuang kolagen daripada muka,” katanya.

Pian berkata, dia berubah demi dua anak, Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12.


“Saya menafikan dakwaan pemilik dua blog itu kononnya saya menggunakan kolagen, malah fitnah anak malu menerima saya sebagai bapa tidak benar,” katanya.

Menurutnya, dia pernah melakukan kesilapan sebelum ini, namun berharap orang ramai tidak membuat andaian melulu dan menghina kerana sudah insaf.


Katanya, maruahnya tercemar apabila dia dikritik hebat di laman facebook miliknya dan blog berkenaan serta kesal apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd Salim Alias, 38, turut difitnah.


Katanya, gambar disiarkan di blog itu diambil lima tahun lalu, malah pemilik blog berkenaan tidak meminta kebenaran untuk menyiarkannya. Pian yang kini mendapat rawatan membuang kolagen daripada dua doktor pakar di sebuah pusat kecantikan di Melawati, Ampang mencabar individu membawanya ke hospital memeriksa sama ada masih menggunakan kolagen atau tidak.

2 comments:

Anonymous said...

melawat saya Syoknye Layan

http://syoknye-layanonline.blogspot.com/

visit radio n tv online syoknye macam2 ada...dan kita melayan disini

Pakdhe Helmy Whae said...

Jalan malam kawan :)

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts