Bas dua tingkat jadi bilik darjah


SEORANG guru mengajar murid-murid di dalam bas dua tingkat.

HELSTON, Britain – Sebuah sekolah rendah yang mengalami masalah kewangan telah menggunakan sebuah bas dua tingkat yang dibeli di laman web lelongan eBay pada harga £3,500 (RM17,226) untuk dijadikan bilik darjah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak pengurusan Sekolah Parc Eglos itu gagal untuk mendapatkan wang berjumlah £15,000 (RM73,827) untuk membesarkan bilik darjah.

Bas berwarna kuning itu kini diletakkan di kawasan pekarangan sekolah dan ia dijadikan makmal sains manakala tingkat atas dijadikan kelas pengajaran mata pelajaran ekonomi.

Menurut guru besar, Brett Dye, pihak pengurusan sekolah menemui cara kreatif untuk mengekalkan kos yang rendah tetapi pada masa sama mewujudkan suasana yang meggembirakan untuk kanak-kanak belajar.

0 comments:

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts