Koleksi Gambar Rozita Che Wan di Majlis Merisik dengan Zain Saidin

Koleksi Gambar Rozita Che Wan di Majlis Merisik dengan Zain Saidin
Hari Ahad 29/9/2013 hari Rozita Che Wan dirisik

Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad (29/9/2013). Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. "Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. "Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya ketika dihubungi.




Hasrat Gadis 23 tahun untuk belajar solat dirogol

Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah, Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa solat. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk menyelesaikan masalah keluarga.

Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek. *“Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar mangsa bersolat. “Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam

gadis malang mati semasa berjoging

Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya ketika dia sedang berjoging di Seksyen 1, Bukit Gasing berdekatan kuil Selva di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Ong Ai Sam, 52, mati di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah selepas terkena tikaman tersebut. Lebih memilukan, perbuatan kejam dua suspek itu telah disaksikan oleh suami dan anak perempuan mangsa yang berusia 17 tahun. Menurut sumber, ketika kejadian, tiga beranak itu dikatakan sedang berjoging di kawasan berkenaan sebelum didatangi oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. "Dua suspek terbabit yang memakai topi keledar bertutup penuh kemudian menghampiri mangsa dan cuba meragut beg milik wanita itu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. berita 22 april 2013

Harga Kos hospital termurah di india

Sebuah hospital di Mysore menawarkan kos pembedahan jantung pada kadar yang lebih murah kepada para pesakit. Hospital Narayana Hrudayalaya itu terletak dua jam perjalanan dari sini, dibina dengan kos sebanyak AS$7.4 juta (RM22.45 juta) dalam tempoh 10 bulan dan dibuka baru-baru ini. Pengasas hospital itu ialah salah seorang pakar jantung yang terkenal di dunia, Devi Shetty. Di hospital itu, penyaman udara hanya disediakan di bilik-bilik pembedahan dan unit rawatan rapi. Hospital itu dilengkapi dengan tingkap yang besar bagi mengurangkan penggunaan penyaman udara. Saudara-mara atau rakan yang melawat pesakit diberikan latihan kejururawatan selama empat jam dan mereka boleh melakukan kerja-kerja yang mudah seperti menukar pembalut luka pesakit. Kumpulan pengurusan hospital itu percaya ia mampu mengurangkan kos pembedahan jantung sehingga kepada AS$800 (RM2,427). Sebahagian pesakit miskin dibenarkan untuk menerima rawatan secara percuma. Menurut Shetty, terdapat hospital yang dibina dengan dilengkapi 200 hingga 300 katil dekat Stanford, Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, kos pembinaan hospital di AS itu mungkin lebih AS$600 juta (RM1.82 bilion). "Terdapat sebuah lagi hospital akan dibina di London. Kos hospital itu dipercayai lebih AS$1.52 bilion (RM4.61 bilion)," kata bapa kepada empat orang anak itu. Menurutnya, pihaknya menyasarkan untuk membina sebuah hospital dan dilengkapi dengan peralatan pada kos hanya AS$6 juta (RM18.20 juta). Kebanyakan pesakit tidak akan dikenakan bayaran melebihi AS$1,800 (RM5,462). Kejayaan Shetty menyebabkan beliau menjadi seorang yang kaya dan dikenali di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan enam siri tentang hospital itu dengan wad-wad dipenuhi pesakit yang terdiri dalam kalangan petani dan buruh. "Kami pernah melihatnya (Shetty) menerusi televisyen baru-baru ini dan kami dapat melihat komitmen beliau untuk membantu penduduk miskin dan kelas pertengahan," kata seorang kakitangan awam, Ranjan Bhattacharya. Bhattacharya membawa isterinya yang sakit ke hospital itu dengan sanggup menempuh perjalanan sejauh 2,000 kilometer dengan menggunakan kereta api. Doktor-doktor di hospital itu melakukan pembedahan pada awal pagi sehingga pada waktu malam selama enam hari seminggu. Penubuhan hospital itu diilhamkan daripada syarikat penerbangan tambang murah yang mengggunakan pesawat-pesawat sedia ada dengan semaksimum mungkin. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2RAhA7JUm Hakcipta terpelihara

Dapatkan Update Segera

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda

Popular Posts